Jumaat, 21 Ogos 2009

Wanita Islam pertama Malaysia di hukum rotan kerna minum arak

Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, seorang model separuh masa menjadi wanita muslim pertama di Malaysia yang akan dihukum rotan sebanyak 6 sebatan.

Berita terbaru berkatian dgn hukum rotan terhadap Kartika :

KUANTAN: Lebih 10 agensi kerajaan dan swasta termasuk bapa serta kakak model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang dijatuhi hukuman enam sebatan kerana kesalahan minum arak membuat permohonan kepada Jabatan Penjara bagi menyaksikan pelaksanaan hukuman itu.

Menurut sumber, antara agensi itu termasuk jabatan agama Islam negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mahu menyaksikan pelaksanaan hukuman sebatan itu yang dijangka minggu depan di Penjara Wanita Kajang, Selangor.

“Permohonan agensi itu dihantar kepada Jabatan Penjara kelmarin manakala permohonan bapa model itu, Shukarno Abdul Mutalib dan kakaknya, Ratna Seri Dewi dibuat melalui Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) petang semalam,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, pihak terbabit memohon berikutan mahu melihat sendiri bagaimana proses pelaksanaan hukuman sebatan dilakukan kerana kes ini kali pertama dijalankan di negara ini, namun keputusan permohonan itu bergantung kelulusan Jabatan Penjara.

2 ulasan:

  1. jika kamu faham pengertian hukuman rotan bagi kesalahan berat dalam islam dan bagaimana ia dilakukan, tentu kamu tidak mengganggap ia 'mcm budak2'

    BalasPadam