Isnin, 25 Februari 2008

Ayu TETAP GAH walaupun banyak yang tidak kena

SUMBER : Majalah MANGGA ONLINE

Banyak kali peserta One In A Million (OIAM), Ayu atau Norayu Damit dikritik kerana fesyen pakaian yang tidak kena dan tidak sesuai dengan dirinya. Kira pakaian tidak seayu namanyalah. Salah siapa? Peserta program itu pakai baju sponsor, bukan bawa baju sendiri.

Team ManggaOnline terdengarlah angin bertiup pasal Ayu sendiri tidak puas hati dengan pakaian yang dipakainya dalam OIAM. Dia juga kadang-kadang rasa tak selesa. Tapi nak buat macam mana, dia tiada pilihan.

Ada yang bisik kepada team ManggaOnline... katanya Ayu sampai menangis di belakang pentas sebelum show bermula. Apa nak buat, Ayu tak ada pengurus di Kuala Lumpur ini. Malah dia membawa diri memperjudikan nasib mahu jadi penyanyi. Ayu ni berasal dari Sabah. Dia juga bukan datang daripada keluarga senang.

Kalau buat hal dan tak mahu pakai, tiada siapa yang boleh tolongnya untuk dapatkan baju lain, lagi susah pula. Nanti kalau pandai-pandai pakai baju sendiri, takut pula pihak yang uruskan baju itu kenakan hukuman... tidak disediakan baju sponsor. Lagi parah jadinya nanti. Dah tak ada pilihan, maka air matalah jawapannya. Kesian Ayu.

Walaupun tak sedap dengan apa yang disarungkan di badan, Ayu tetap mampu menyanyi dengan baik. Itulah semangat seorang artis baru yang kental berjuang. Dalam pertandingan, vokal yang paling dinilai, bukan baju. Malah vokal dan persembahan Ayu makin lama makin meningkat.

Kalau dia berjaya dapat RM1 juta nanti, bolehlah beli baju banyak-banyak untuk mengadakan show. Bolehlah pakai fesyen ikut cita rasanya sendiri. Jangan jadi lebih teruk sudahlah Ayu ya.

3 ulasan:

  1. apa ni? Malajah tu apa? ishhh...bair la ba si ayu ni..napa juga ko mau sapot2 dia ni..ko bukan ada baju yg buli kasi pakai dia..huh..cakap ja nda guna tu...

    BalasPadam
  2. HAI BRO.. C GID TU,BUKAN APA.. CUMA MAU HIDUPKAN SEMANGAT 'SABAH BOLEH' OTOPOT TOI... HE3X

    BalasPadam
  3. Bah mesh ko kasi gia dia baju mau d pakai hehe

    BalasPadam