Jumaat, 29 Februari 2008

SIAPA AKAN JADI JUARA OIAM 2 ?

DEBARAN dan bahang program realiti One In A Million musim kedua (OIAM2) semakin terasa. Ini kerana malam ini bakal melakar satu lagi sejarah dalam dunia seni tempatan.
Seorang juara bakal dijulang. Dan bukan itu sahaja, sang juara nanti juga bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta sebagai habuannya.
Tiga peserta yang merebut juara OIAM2 tidak dinafikan kehebatannya mereka.
Sarah, Shila dan Ayu layak ke peringkat akhir tetapi salah seorang daripada mereka akan disingkirkan berdasarkan peratus undian penonton.
Ini bermakna hanya dua peserta yang bertuah masing-masing akan beraksi bersama empat buah lagu termasuk sebuah lagu baru sebelum salah seorang daripada mereka dijulang sebagai pemenang.

MUNGKINKAH pilihan majoriti pengundi OIAM2 nanti adalah buat pendatang baru, Ayu?

Ayu raih undi kasihan?
Jika diukur pada bakat, ketiga-tiga mereka nyata mempunyai perbezaan antara satu sama lain, khususnya dari segi vokal.
Tetapi jika dilihat pada sudut undian pula, mungkin nasib Ayu lebih cerah kerana gadis yang berasal daripada Sabah ini mempunyai gaya dan aura yang tersendiri.
Ayu yang sering merasakan personalitinya yang menjadi halangan untuknya bersaing dengan Sarah dan Shila mungkin boleh mengundang undi kasihan kepadanya.
Mungkin juga pengundi kini sudah semakin bijak, kerana mereka sudah bijak menilai bakat bukan bergantung kepada paras rupa semata-mata.
Tambahan, hanya Ayu seorang yang merupakan peserta yang tidak memiliki sebarang latar belakang dalam dunia seni ataupun memikul status artis seperti Sarah dan Shila.
Kesungguhannya untuk menjadi seorang penyanyi terserlah apabila dia tanpa segan menyertai program OIAM dua kali berturut-turut, walaupun sedar pada OIAM musim pertama dia hanya layak menduduki tangga Top 20 sahaja.
Ayu yang menyerlah secara perlahan-lahan sepanjang OIAM2 berlangsung membuktikan bahawa dia juga seorang penyanyi yang memiliki bakat yang berpotensi digilap.

SHILA punya daya tarikan tersendiri.
Jelas sekali dia memiliki daya penarik yang tersendiri.
Kelincahannya di pentas, imej remaja yang dibawanya serta gaya vokal yang unik telah menjadikannya peserta yang mempunyai pakej yang cukup lengkap untuk diminati dan meraih undian terbanyak daripada penonton.
Shila memang sudah dikenali sebagai penyanyi sejak zaman kanak-kanaknya lagi dan perubahan drastik yang ditonjolkannya sepanjang program ini berlangsung mungkin akan membawanya ke tahap yang lebih tinggi dan bergelar juara. Siapa tahu?

Populariti Sarah diuji
Sarah pula, umum mengetahui betapa peserta ini sememangnya seorang penyanyi terkenal di negara ini.
Dan membuktikan gelaran yang diraihnya, Sarah telah memberikan persembahan yang memberangsangkan pada setiap minggu dalam OIAM2.
Peningkatannya agak ketara kerana pada minggu-minggu awal, dia nyaris-nyaris terkeluar. Justeru, ini membuktikan pengaruh Sarah masih kuat.

SARAH membuktikan popularitinya banyak membantu dirinya untuk kekal setakat ini dalam OIAM2. Namun apakah nasib Sarah pada malam ini?

Dan tidak dinafikan popularitinya sebagai penyanyi terkenal itulah antara faktor mengapa dia masih kekal dalam program ini.
Peminat setianya sudah semestinya akan mengundi penyanyi kesayangan mereka ini.
Namun, sebanyak mana undian yang diperolehi Sarah untuk bergelar juara, semuanya bergantung semula kepada peratus undian yang dikirim oleh peminatnya.
Pendek kata inilah saat dan ketika populariti Sarah yang diraihnya selama ini akan diuji.

Jaclyn Victor dan Faizal pilih Ayu.
Bagi menambahkan lagi getaran debaran siapakah juara OIAM2, KOSMO! telah menghubungi beberapa bekas peserta program realiti TV termasuk juara dan naib juara OIAM musim pertama siapa lagi kalau bukan Suki dan Faizal Tahir.
Melahirkan pandangannya selaku juara OIAM musim pertama, Suki melihat ketiga-tiga Ayu, Shila dan Sarah memiliki peluang yang sama.
"Sebenarnya saya juga tidak tahu siapa yang akan memenangi pertandingan kerana ketiga-tiga mereka merupakan peserta kegemaran saya.
"Mereka sama-sama tampil dengan gaya yang tersendiri dan mempunyai potensi yang sangat besar untuk bergelar juara.
"Apa yang saya boleh beritahu mereka memang layak untuk berada di Top 3 dan untuk persembahan pada final nanti, mereka harus lakukan dengan cara mereka sendiri," jelasnya.

Naib juara OIAM, Faizal Tahir juga menyifatkan mereka ketiga-tiga Ayu, Sarah dan Shila sebagai antara yang terbaik tetapi dia tanpa berselindung mengharapkan kemenangan akan berpihak pada Ayu.
"Siapa yang bakal juara itu saya susah nak cakap tetapi yang menjadi pilihan saya adalah Ayu. Ini kerana saya sudah kenal dia semasa OIAM musim pertama tetapi rezeki tidak berpihak padanya waktu itu dan kini dia antara yang terbaik.
"Saya berpendapat kita sepatutnya bagi peluang kepada muka-muka baru seperti Ayu kerana suaranya unik dan juga potensinya untuk pergi jauh sangat besar.
"Saya berkata begitu bukan bermakna Shila dan Sarah tidak bagus, tetapi mereka berdua sudah pun mempunyai karier dan album, menang atau kalah mereka tetap akan teruskan kerjaya seperti biasa.
"Namun, orang seperti Ayu kita harus sokong kerana dia mempunyai bakat tetapi belum mempunyai landasan yang tepat,"tegas Faizal.
Sementara juara Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor mempunyai pendapat yang serupa dengan Faizal.
"Saya tidak pasti siapa yang akan menang, ketiga-tiga mereka bagus tetapi saya lebih tertarik kepada Ayu, sebab dia memberikan soul pada lagu yang dinyanyikan.
"Sarah dan Shila sudah ada pengalaman dan latar belakang sebagai artis.
"Manakala, Ayu pula sangat baru dan masih muda, jadi apa salahnya beri dia peluang," ujar Jac.
Dalam pada itu, Jac sempat memberi nasihat kepada Ayu, Shila dan Sarah supaya menjadi diri sendiri semasa di pentas final kerana menurut Jac, pengundi mengundi sebab mereka sukakan diri peserta yang sebenarnya bukannya orang lain.
Nampaknya, pelbagai pandangan telah diambil kira, jadi nantikan sahaja siapakah yang bakal menggenggam gelaran juara OIAM2.
Sama-sama nantikan siaran rakaman OIAM2 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam. Siarannya akan ke udara tepat pukul 9.00 malam ini di 8TV iaitu lewat 30 minit daripada waktu rakamannya yang dimulakan pada pukul 8.30 malam.

LAGU BARU :
Sarah - Pasti Berbeza - ciptaan Audi Mok
Shila - Memori Tercipta - ciptaan Aubrey Suwito
Ayu - Hanya Di Mercu - Ciptaan Aubrey Suwito

SAYA HARAP KITA SEMUA PILIH AYU UNTUK JUARA ... TOLONGGGGGGG

sumber : watachiwa



4 ulasan:

  1. Ondu..
    Nokojuara no boh it golperen
    dokoyud boBBy..
    taniah, taniah!! Sabah buliii!!

    sumandak bt7.. kb-borneo

    BalasPadam
  2. mimang pun c Ayu layak menjadi juara... ada tandingan dgn c jacklyn.. arap-arap bila ayu dah jadi milianar jan jadi sumbung ahh.. Congratulation Ayu.\

    BalasPadam
  3. malangnye aku tidak minat cerita realiti itu...

    BalasPadam