Ahad, 30 Mac 2008

ULASAN KONSERT AF minggu kedua ..

Saya tengah kelam kabut nak g jejalan ni... sebahagian saja dulu dan seperti musim2 lalu saya akan bagi SCORE spt penilaian peperiksaan d sekolah dgn score GAGAL - LULUS - KEPUJIAN dan CEMERLANG.

LUFYA - LULUS
Part pertama pitchy tetapi berjaya kembali pada part chorus, berjaya melenggokkan alunan dangdut dengan baik, satu persembahan yg agak baik berbanding minggu lepas, cuma mungkin ada part yg agak keterlaluan pada goyangan pinggul yg "terlebih" ( huahaha ) sedikit ...

- Drama bodo antara AC dan Adlin adalah sangat tidak perlu dan nampak tdk "berpendidikan" ... buang masa.

TOI - LULUS
Serius vokal Toi malam ini sangat bersesuaian dengan konsep lagu yang dibawakan, kawalan vokal juga agak baik, cuma gaya persembahannya langsung tak ada peningkatan ...Neway teruskan perbaiki kelemahan ini ... saya tdk suka lihat gaya persembahan yg COPnya kita boleh letak sebgai KAMPUNGAN ...

STANLY - GAGAL
Astaga, apa dah jadi dengan stanly ni, malam ini sangat sumbang, tidak sesuai dengan lagu yang dibawakan, saya sendiri langsung tdk suka dengan persembahan ini, sangat berterabur dan tidak tentu arah, dari semua segi aspek persembahan, vokal dan penghayatan, semuanya gagal, salah satu persembahan yang paling lemah untuk minggu ini.

RINA - KEPUJIAN
Dengan faktor usia yang telah lanjut, Rina berjaya membawakan lagu moden seperti dengan dengan sangat baik, ianya sedikit mengejutkan bila Rina berjaya membawakan lagu ini dengan cara sendiri dan tidak me"lenggok"kan lagu ini dengan gaya lama. Ada ketika teringat cara dan gaya persembahan Ruth Suhanaya pada beberapa part yang Rina tonjolkan dalam persembahannya.

ALIFF - LULUS
Baju alamak ... lari sepuluh KM dari konsep lagu yang dibawakan, bagaimana pun Aliff berjaya menunjukkan peningkatan dari segi vokal dan gaya persembahan berbanding minggu pertama. walaupun masih banyak kelemahan dari segi kawalan vokal tetapi peningkatan yang ditunjukkan agak baik. dan Sekali lagi Adlin MELILAU dengan komen yang hampehsss

IKA - GAGAL
Berbanding minggu lepas ada sedikit peningkatan, tetapi marginnya hanya dalam 0.005 peratus hehe, masih ketara sumbang dan lari tempo, pernafasan nda perlu lah nak komen sebab memang jauh dah nak putus nafas. Ada lagi sesetengah part tu sebutan terputus putus dan part note tinggi pada akhir lagu sangat sumbang ... bye bye bye IKA ...

NAIM - LULUS
VT duyung jadian sgt tidaklah lawak dan memalukan. K gaya persembahan dan karektor Naim sgt sesuai dengan lagu seperti ini, ada unsur komedi, berbanding minggu lepas Naim berjaya memberikan nyawa dalam persembahannya minggu ini, ada peningkatan.. Oleh kerana lagu ini lagu yg tidak memerlukan kekuatan vokal ( tdk mencabar vokal ) maka secara secara keseluruhannya Naim berjaya dalam persembahannya malam ini... tapi napa ada part spt "mic" tidak berfungsi ?

FAISAL - KEPUJIAN
Tone rock c Faisal sangat sesuai dengan lagu yang dibawakan, syabas kerana berjaya melakukannya minggu ini setelah dikritik teruk pada minggu lepas. Cuma baju lapis tu langsung tak rock ... nampaknya sekali lagi AF di sajikan dengan fesyen2 yang teruk dan tidak bersesuaian dgn konsep persembahan, ini sedikit sebanyak menganggu "pandangan" penonton yang mahukan "kesempurnaan" dlm mana2 persembahan yang disajikan termasuk kostum pelajar. Dan rasanya gaya melompat dari pentas sudah lapuk dan tidak perlu dilakukan oleh Faisal.

SAIDA - LULUS
Permulaan yang agak lemah tetapi berjaya kembali pada part chorusnya, satu masalah Saida adalah mimik mukanya yang senantiasa tertekan walaupun dengan lagu serancak ini, Saida perlu membuang "tekanan" yg dia hadapi agar dia dapat fokus pada persembahannya dgn lebih baik. Org tak nak tengo penyanyi yg menyanyikan lagu catchy dengan "riak" muka tertekan, nanti penonton juga tertekan .. Ada potensi tetapi ??? hmmmm

STACY - CEMERLANG
Vokal dan Tone yang lantang adalah kelebihan Stacy, sekali lagi dia membuktikan bahawa dia adalah penyanyi yang sgt bagus setelah dua minggu berturutan membuat persembahan yang seimbang malah minggu ini semakin baik dari segi penghayatan lagu.

RIZ - LULUS
Pakaian ??? ASTAGA !!!! langsung bukan baju utk seorang penyanyi dalam apa jua konsep lagu, ianya lebih sesuai bagi pemain sarkas yang menimang bola bola hahaha, dan o TIDAKKK jangan ada Anuar Zain yang kedua ... saya malas ni kalau ada main klon klon penyanyi yg dah ada dalam industri musik tanah air. Ini kelemahan yg perlu Riz perbaiki, dia boleh menyanyi tetapi dia akan terus dibayangi oleh Anuar Zain kalau dia masih membuat lenggok dan adlib malah tone yg sama dengan Anuar Zain. Neway vokal menten.

NUBHAN - KEPUJIAN
O wow ... tone nya sangat bersesuain dengan lagu yg dibawakan, saya rasa Nubhan sangat sesuai membawakan lagu lagu balada seperti ini ( slow alternative ) saya sukakan persembahan ini walaupun mengalami masalah pernafasan tetapi saya rasa ianya boleh diperbaiki lagi, kawalan vokal dan permainan lenggok sudah agak baik ...

NADIA - LULUS
Saya lebih suka persembahan nadia pada minggu pertama, kadang2 nadia terlalu "over" menambahkan style "ganas" pada sebutan dihampir setiap ayat terakhir dari baris2 lagu yang dia nyanyikan, ini sedikit menjengkelkan pendengaran saya .. semakin lama ianya kelihatan seperti dibuat-buat dan tidak natural ... Hal ni perlu nadia atasi agar dia boleh menyanyikan sesebuah lagu dgn lebih relax dan tdk terlalu "memberatkan" hujung2 liriknya. over kompiden ? Mungkin juga ....

TOP 3 berdasarkan PERSEMBAHAN
STACY
NUBHAN
RINA

BOTTOM 3 berdasarkan PERSEMBAHAN
IKA
STANLY
ALIF

7 ulasan:

  1. hurm, sy pun tia tau apa2 tentang AF ni, akhir2 ni jarang da update.. neway,apa apa pun... AF punya kualiti penyanyi da tulun manyak ohw.... low quality da

    BalasPadam
  2. Aku pun setuju suara Nadia tu mcm ganas sgt. Suara dia tu ada mcm ala-ala Taylor Dayne

    BalasPadam
  3. Ya kalau nadia lebih relax dan tdk keterlaluan meng"ganas"kan hujung2 liriknya, pasti lebih sedap kedengarannya .

    BalasPadam
  4. kureng mantap la persembahan nadia..len macam jak bunyi dia nyanyi..

    btw..ko org sabah ka?

    BalasPadam
  5. Memang Nadia kurang mantap konsert 2.. kurang enak ..

    Ya saya org Sabah bah ..

    BalasPadam
  6. Stacy masi yg best setakat ini!!

    BalasPadam