Ahad, 27 April 2008

ULASAN KONSERT 6 - Ada Peningkatan ..... hmmm

STANLY - LULUS
Dari segi kawalan vokal ada peningkatan, saya tidak menyangka lagu ini sesuai dengan tone Stanly walaupun masih sumbang beberapa part, saya kira ianya tidaklah terlalu mengecewakan berbanding persembahan2nya yang hampehs minggu minggu sebelum, cuma part tarian tu sedikit menjengkelkan, tarian dia kena lebih "keras" sedikit, nampak "lemah gemelai" dgn lagu yang perlu tarian yang lebih gagah. Dan tempo masih banyak yang perlu diperbaiki. erkkks

ALIF - LULUS
Juga menunjkkan peningkatan dari segi nyanyian, juga mendapat lagu yang bersesuaian dengan tona suara yang dimiliki, tapi TIDAK banyak yg dapat diulas memandangkan masih menyajikan persembahan pentas yang hampir sama setiap minggu .

NADIA - LULUS
Seperti biasa satu persembahan yang konsisten, cuma saya rasa Nadia terlalu membawakan lagu ni terlalu KASAR memandangkan ianya menyampaikan simbolik Rama Rama yang beridentitikan kelembutannya, ianya akan lebih berjaya sekiranya menyampaikan lagu ini dengan lebih ala ala manja dan lebih relax. Mengalami masalah pitch tetapi tdklah kronik ... namun harus diperbaiki .

TOI - GAGAL
Sepatutnya minggu ni saya bagi Dia label LULUS tetapi oleh kerana dia me na na na na na kan lirik lagu ni maka sekali lagi dia tetap mendapat keputusan GAGAL dalam konert kali ini, secara jujur lagu ni kena dengan tona suara Toi dan kebadutannya hilang kerna dia menyampaikan lagu ini dengan agak baik .. tetapi melupai lirik pada permulaan dah hampir satu perenggan TIDAK dapat dimaafkan dalam sesebuah konsert besar ... erkkks

NUBHAN - GAGAL
MASIHHH KEDENGARAN NYA "jelas" SUMBANG ... no komen ... perbaiki dulu KEY KEY masih menyanyi ...

STACY - CEMERLANG
WOW WOW WOW ... Minggu lepas cemerlang dengan lagu Pop Rock Etnik.. kali ini diuji dengan lagu Alternative pun masih cemerlang ... WOW !!!!!!!!!!!!! no komen :p

RIZ - KEPUJIAN
Nyanyiannya sangat bagus . serius sangat bagus dari segi teknik dan kawalan .. TETAPI permainan VOKALnya sekiranya kita menutup mata sambil mendengarnya akan kedengaran ANUAR dan HAJAMI ... jadiiiiiii TOLONG JANGAN ADA KLON penyanyi asal .. JANGAN SEKALI KALI ...

MAMA RINA - LULUS
OK lah nyanyian kelab malam yang menghibur .. anti klimax ... sekadar ya ya saja .. pergerakan juga tidak havoc dan hmmm mcm mcm ada yang kurang .. tapi saya pun tdk tau apa yang kurang ? apa ya ?

TOP 3 pilihan GIDONG
1. STACY - CEMERLANG
2. RIZ - KEPUJIAN
3. NADIA - LULUS

YANG PATUT OUT
1. NUBHAN

YANG OUT OLEH UNDIAN PENONTON
1. MAMA RINA

4 ulasan:

  1. ya Stacy still the best!! patut yg lain2 pun bagi la ba lagu yang mencabar..

    BalasPadam
  2. apa2 pun harap Stacy jadi juara AF6. so much potential...

    BalasPadam
  3. heheheheh stacy memang bakal juara hehehehe.....xlfb

    BalasPadam
  4. Stacy juga la yg paling best...!! klu inda jadi juara AF tahun ni inda tau lah... sy rasa cabaran skrg dari c nadia n riz jak... yg lain2 tu kureng lah.. hehehe...

    BalasPadam