Isnin, 7 April 2008

ULASAN KONSERT AF ke 3

Ini lah pandangan yang dapat saya berikan untuk konsert AF minggu ketiga.


STACY – KEPUJIAN
Satu persembahan pembukaan yang sgt bagus, saya tidak berapa setuju dgn komen pengkritik yang hanya memuji Vokal stacy dan tidak pada persembahannya, bagi saya Stacy berjaya dalam kedua dua aspek iaitu Vokal dan gaya Persembahan, lagu spt peleset kota bukan senang tuk kita hidupkan karakternya tetapi Stacy berjaya mebawakan karakter tersebut dengan agak baik … 3 minggu – KONSISTEN …

FAISAL – GAGAL
Alamak, salah satu persembahan vokal PALING LEMAH dalam mana2 konsert AF sejak musim pertama, masuk saja sudah “pecah” .. pitch dan kawalan langsung tak ada , sangat teruk .. lupakan gaya persembahan .. jikalau dah sumbang dan tak reti melodi, keseluruhan persembahan akan cacat … Ketara sangat sumbangnya, KESALAHAN spt ini tdk dapat dimaafkan dalam konsert siaran langsung.

NADIA – KEPUJIAN
Seperti yg saya agak, Nadia menyanyi dgn lebih relax dan ianya berjaya, tdk memberatkan setiap hujung dari lirik2 yg ada, sgt bagus kedengaranya natural dan tidak dibuat2. Syabas .. Cuma ada part Stanly ter”sumbeng” … boleh dimaafkan kerna hanya jadi pembantu.

ALIF - KEPUJIAN
Saya suka persembahan Alif minggu ni, suara dan kawalan vokal yang sangat baik, pengisian pentas juga sangat menarik ditambah dengan permainan mimik muka yg kena sgt dengan lagunya walaupun kekadang terlebih sehingga kelihatan sedang meradang tetapi secara keseluruhannya sangat menghiburkan ….

LUFNYA - LULUS
Persembahan vokal yang agak baik dari lufnya tetapi nampak terpaksa dan terseksa membawakannya , Cuma saya rasa mengikut persembahan keseluruhannya Lufnya tidak patut tersingkir utk malam konsert ini. Sayangnya org undi mereka yg sumbang nyani lagi, penyakit lama penonton yang sukar dikikis. hehehe

NAIM – GAGAL
Salah masuk pertandingan, kan ada akademi lawak dah … naim dengan muka yang serius tetapi mengelikan hati, sora tak payah komen, memang bertaburan sana sini bagai kaca pecah kena tukul besi … persembahan yang gagal dari semua aspek.

STANLY – GAGAL
Minggu kedua yang menjadi DISASTER bagi Stanly … memang rosak kalau rock mcm ni, lagu mcm ni boleh rosak sebab dinyanyikan dengan teknik yang salah, kalau dah tahu tidak dapat membawakan konsep rock , pepandailah bawa dgn konsep yang sesuai dengan suara. Saya tdk setuju Ogy kata tidak menghampakan, bagi saya SANGAT MENGHAMPAKAN. Setuju dengan Adlin. Go go Adlin … haha

SAIDA – LULUS
Tone Saida sedap Cuma rasanya seperti malu malu dan mengerahkan semua kebolehan yang dimiliki, masih berada pada level yang nak tak nak … jadi saya yang menontonnya pun jadi malas.

NUBHAN – GAGAL
Minggu terburuk bai Nubhan setakat ini, tone langsung tak sesuai gan lagu rancak spt ini, saya rasa Tone nubhan hanya sesuai dgn lagu balada country. Nubhan antara yang paling lemah minggu ini … terseksa dan saya pun jadi terseksa. Lupa lirik satu hal …

RIZ – LULUS
Simple dan imej yang baik berbanding minggu2 sebelum, Syabas sebab dengan lagu rock pun kira baik dari segi vokalnya, Cuma sebutan melayunya terlalu di inggeriskan hahaha

TOI - LULUS
Alamak fesyen apa ni pakai cermin mata gelap waktu malam ? bukankah zaman mcm tu dah dipanggil “kolot” ? lantaklah korang, rock tak kena tempat . Vokal ok ja sebab tidak ada yang boleh “menarik” untuk saya menyukai persembahan ini.. Lemah semangat…

RINA - CEMERLANG
Wah nampak muda sudah mama kita ni yehaaa…. Persembahan WOW rockkk babyyyy, saya suka karakter yang rina bawakan dalam lagu ni, hidup dan sesuai dgn tona yg dimainkan dengan keserakan… saya menyukainya … go go go Rinaaa

TOP 3 MINGGU NI
RINA
NADIA
STACY

BOTTOM 3 MINGGU NI
FAISAL – Patut out ikut persembahan.
STANLY – Patut out ikut persembahan.
NAIM

Kedudukan rasmi pelajar bila undian ditutup malam tadi:

* Stacy 14%
* Alif 10%
* Stanly 10%
* Rina 10%
* Nadia 9%
* Riz 9%
* Nubhan 8%
* Saida 7%
* Faisal 6%
* Toi 6%
* Naim 6%
* Lufya 5%

YANG KUAR
LUFNYA – Tidak patut kuar minggu ni
NAIM

Faizal dan Stanly yang patut out ikut persembahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan