Ahad, 20 April 2008

Ulasan Konsert AF6 minggu ke LIMA

ULASAN PENUH KONSERT AF minggu 5

ALIF - GAGAL

Berdasarkan pola undian dimana Alif mendapat undian paling tinggi dengan margin yang agak besar, sangat TIDAK bertepatan dengan kualiti vokal dan persembahan yang Alif berikan semasa konsert, nampaknya sekali lagi pengikut2 AF yg membuat undian GAGAL melaksanakan tugas dengan menilai pelajar melalui persembahan yang mereka berikan, saya setuju Alif bukanlah perlajar yang paling lemah sebab masih banyak pelajar lain yang lebih lemah NAMUN dalam masa yang sama Alif juga belum layak untuk berada pada atas carta mengikut mutu vokal dan persembahan, part pertama saja Alif lupa lirik rap nya, sekali gus menganggu kawalan vokalnya, dan paling ironik tempo rap dan lagu juga lari dari irama lagu rap adam .. namun dari segi kereografi ianya patut dipuji kerana dapat menari secara seimbang dengan penari latar. Secara keseluruhannya adalah tidak memberangsangkan dan lemah.

STANLY – GAGAL

Saya sangat TIDAK SETUJU sekiranya seorang Ibu yang sedang sakit tenat digunakan dan dikomersialkan dlm sebuah rancangan secara langsung dan ditonton oleh ribuan orang awam, untuk kita memberi simpati dan cara kita melahirkan rasa prihatin BUKAN seperti membuat iklan jualan langsung, ASTRO PLS TAKE NOTE “HIDUP MATI” seseorang bukan satu permainan. Saya harap astro lebih sensitif terhadap hal hal seperti ini. Seperti biasa nyanyian Stanly masih SANGAT sumbang dan kali ini ditambah dengan satu lagi kelemahan, NOTE TINGGI tidak sampai, gaya persembahan juga tidak selari dengan senikata dan bait bait lagu yang dialunkan, maaf kata persembahan Stanly bagi saya masih tidak menunjukkan peningkatan.

NADIA – LULUS

Satu lagi persembahan vokal dan pentas yang seimbang dari Nadia, seperti biasa Nadia berjaya menyakinkan para penonton bahawa dia boleh membawakan banyak jenis lagu, Cuma saya rasa penyakit lamanya yang suka “memberatkan” hujung lirik kembali berlaku, memang ada masanya teknik tersebut sesuai digunakan tetapi BUKAN dengan lagu ini.. Saya tertarik dengan karakter gedik yang Nadia selitkan dalam persembahannya, ianya sangat menjadi dan sangat bertepatan dengan konsep lagu yang dia bawakan.

RINA50-50

Persembahan yang ok ok saja dari Rina, kawalan suara yang baik sebab lagu juga tidaklah menguji sangat kekuatan vokal, tetapi saya sedikit jengkel mendengar part falseto masa “didepanmu didepanmu” dan “belakangmu belakangmu” .. ianya seolah olah buat ajuk terhadap “nilai” lagu yang dia sampaikan … saya rasa untuk part tersebut sepatutnya Rina melontarkan suara dengan jelas agar kedengaran “menghargai” lagu tersebut … ianya telah merosakkan persembahan Rina malam tersebut dan ditambah dengan Gaun yang kembang kembung … Nenek pakai gaun mcm tu ? fikir fikir kan lah sendiri …..

TOI – GAGAL

Melihat saja dari segi pakaian pun sudah nampak “badut” bagi imej Toi, saya tidak faham kenapa perlu meniru pakaian orang “negro” bila nyanyikan lagu seperti itu … dimana baju yg dipakai hanya sesuai utk mereka2 yang berbadan besar .. alahai … kostum tersebut langsung tidak membantu untuk mencantikkan imej Toi yang memang ntah apa apa ntah. Dan erkkks serius saya katakan bahwa Toi seorang “pengajuk” yang sangat baik, saya rasa kalau penyanyi asal mendengar Toi bawakan lagu ini, pasti dia menangis .. kenapa ? sebab Toi gagal membawakan karakter lagu ini sesuai dengan acuan lirik dan juga melodinya, lagu ni adalah lagu Irama dan Blues ditambah dengan sedikit Reggae .. Toi hanya menyanyikan lagu ini dengan memasukkan lenggok lagu melayu yang sangat tidak bersesuaian, kalau korang dengar balik rakamannya pasti korang faham apa yang saya maksudkan, sebenarnya lagu ini sangat mudah dibawakan kerana punyai nada yang selari dari mula sampai akhir tetapi Toi masih gagal mebawakannya .. entah dimana silapnya saya langsung tidak terhibur dengan vokal yang lemah seperti ini … saya seolah oleh menonton rancangan jenaka hujung minggu.

SAIDA – GAGAL

Terbukti sekali lagi Saida memang lemah dlaam kawalan dan teknik vokal, satu lagi persembahan yang sangat tidak memberangsangkan, masalah pitch dan paling ketara adalah Saida seolah olah takut untuk melakukan nada tinggi sehingga ianya mencacatkan mutu suara yang Saida sepatutnya tonjolkan dalam lagu ini, saban minggu menyajikan persembahan TANPA peningkatan, dan satu lagi ianya sangat membosankan dimana saya menguap beberapa kali menunggu lagu ini habis dinyanyikan.. Saya langsung tidak hairan Saida tersinggkir minggu ini kerana gagal dalam masa 4 minggu untuk melakukan sesuatu yang dapat mebuang imej “takut” dan “gusar” nya bila berada dipentas.

NUBHAN – GAGAL

SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG

Maaf saja saya ANTI – KESUMBANGAN tahap seperti ini .. SUSAH DIPERBAIKI.

STACY – CEMERLANG

WOW – terlebih dahulu saya akan NAFIkan yang saya TIDAK bias, bila membuat ulasan terhadap persembahan Stacy ( sebab setakat ini sudah banyak msg saya terima bahawa saya bias buat ulasan bila ianya terhadap stacy ), sekarang mereka2 yang ckp saya bias dan kenegerian bila ulas persembahan STACY .. TOLONG pasang telinga baik baik dan dengar berulang kali teknik, cara, kawalan dan tempo Stacy walaupun dengan lagu SESUSAH ini … dan LIHAT DAN PANDANGlah gaya persembahan yang Stacy sajikan kepada anda .. BUANG dahulu hal “sensitif” spt asal-negeri-bangsa dan bla bla bla, buang semua itu dan JADILAH JUJUR dan AKUIlah bahawa Stacy jauh meninggalkan pelajar pelajar lain dengan persembahan seperti ini.. saya pasti walaupun artis2 yang sedia ada menyanyikan lagu ini ianya TIDAK dapat menyamai apa yang telah Stacy lakukan. Menari rancak seperti itu tanpa kehilangan fokus terhadap vokal dan temponya sangat pro utk persembahan seorang pelajar yang hanya mendapatkan lagu ini untuk tempo seminggu, dan dengan persembahan seperti itu ??? WOW !!! lagu yang berunsur etnik-RnB-pop rock ni memang sebuah lagu yang sangat mencabar … Syabas Stacy .. 4 minggu konsert – Sangat konsisten.

RIZ – KEPUJIAN

Berlalu 4 minggu Riz memang seorang penyanyi yang sangat bagus dari segi teknik dan kawalan vokalnya, malah tempo juga tidak pernah lari setakat ini walaupun menyanyikan lagu yang bukan jiwa nya. Tone Riz memang TIDAK sesuai dengan rock alternative seperti ini, Riz lebih sesuai dengan lagu lagu Balada, Maaf kata saya pengikut dan fanatik lagu lagu alternative seperti ini dan telinga saya boleh dengar dan rasakan sekiranya “bunyi” dan “lenggok” yang DIUSAHAKAN utk menjadi “jadi” alternative pada hal ianya TIDAK sama sekali. Namun Riz nampak mempunyai usaha dan tidak sambil lewa dalam persembahannya, ianya menampakkan kesungguhan, itu hal yang menjadi kekuatan Riz setakat ini, memandangkan lagu tugasan juga bukan pilihan mereka ianya satu percubaan yang sangat bagus. Walaupun nampak PALSU tapi ianya berbaloi dan memberangsangkan berbanding pelajar pelajar lelaki yang lain setakat ini.

PILIHAN GIDONG

  1. STACY – CEMERLANG
  2. RIZ – KEPUJIAN
  3. NADIAN – LULUS

YANG PATUT KELUAR

  1. NUBHAN
  2. TOI
  3. STANLY




8 ulasan:

  1. Seronok baca comment ko ni.... hehehehe... tapi aku pun setuju ngan ko.... kalau dipikirkan... if tiada kospirasi (patutkah aku guna term ni) dalam astro... STACY leh juara.... if dia tak juara... Faham faham ajhe lahh ye... huhuhu... Alamak Terlebih Sudah... aku mengoment.... apa pa pun... Redah Jerrr......

    BalasPadam
  2. memang bukan kenegerian....tapi hakikatnya mimang si Stacy paling bagus malam tu...Riz pun bagus tapi pretencious...and actually to sing that type of song is easy.....senang bah lagu riz tu....bukan mcm stacy yg susah gila lagu dia tu....and mau menari SEKSI camtu bukan sinang.....siok bah tingu dia seksi....
    P/S: Sorrylah kau terpaksa kerja karas durign weekend

    BalasPadam
  3. Ba... undi la kamu.. siapa yang kaya dia la menang. Meaning to say ada bakat zero bakat kah yang pinting MONEY..MONEY1000X. Ini astro buka cari org berbakat, cari orang kaya he3x

    BalasPadam
  4. Saya pun nda pernah mengundi tapi suka tengo dan buat komen ja huahahaha

    BalasPadam
  5. Ok la ulasan ko bro...kalau org kata keNegerian...apa boleh buat. Bias? kalau aku org kata bias beri komen tentang performance Stacy, aku X kisah...memang dia best. Bukan senang utk mengingat gerak tari dan dlm masa yg sama nak ingat lirik lagu. The best part...she's very energetik...kalau pro singer...atau Mulan sendiri menyanyi sambil menari mcm tu...pasti suara sudah pancit. Kat Tv X namapak mcm mana some of people berdiri sambil beri big clap lepas dia perform...aku nasib baik duduk di baris depan...tengah dgn sarat banner dan poster Stacy's Frenz...kalau X...mesti beri standing ovation kat Stacy. Percaya atau tidak...kat KL ni org riuh cerita pasal persembahan Stacy Best of the best ( bukan Final ) persembahan mingguan AF1-AF6...ni lah yg terbaik dan akan terus diingati.

    BalasPadam
  6. well....besalah...si alif tu kan anak urang kaya...dari golongan kerabat. AF6 akan jadi macam AF4 dimana golongan kerabat akan juara atau mungkin macam AF5 a week before final baru tersingkir.

    BalasPadam
  7. stuju Gidong!! memang bagus ba c Stacy! yg sya heran kenapa c alif pandai p kedudukan teratas tu, teda2..nyanyi pun inda juga best ba, dei!

    BalasPadam
  8. itu namanya undian peminat hehehehehe sajhe ajhe aku menyentil di sini......

    BalasPadam