Selasa, 20 Mei 2008

Aku nak cakap gak pasal AF konsert 9


K sebagai pembuka tirai kembalinya saya memblog setelah tak lihat "kawasan" internet selama 4 hari, saya nak cakap2 dan mulakan dulu dengan af konsert 9 yang sempat saya lihat ulangannya pada malam ahad di Perkasa Hotel tempat kami menginap sebelum bertolak balik esok paginya ke Kota Kinabalu .. psstttt banyak sgt nak kongsi pasal pendakian dimana salah satu kejadian paling gempak adalah salah satu bf/laki selebriti tu dengar2nya kena usung balik sedangkan dia lelaki dan selebriti pompuannya pula masih cergas .. dunia terbalik ???? hinggakan kitaorang yang memang fit dah nak habis diner perpisahan dorang masih dalam proses turun dari gunung hmmmm ntahlah huahahaha nanti saja saya cite banyak pasal sebab nak cakap gak dulu pasal af hempehss sehampehssssnya .

Setelah melihat pada konsert 9, saya tetap pada pendirian saya Stacy masih ditahap terbaiknya, masih mampu menghiburkan dengan tarian yang "gerakan" ciptaan yang kureng pada minggu ini, TAPI oleh sebab lagu ni adalah LAGU TERRRRRRR"susah" pada minggu ini ( setiap minggu pun stacy dpt lagu susah )maka saya anggap Stacy masih yang terbaik, dengan rentak dari lagu Beat It nyanyian asal Raja Pop Dunia, maka margin kesukaran lagu ini jika dilihat dari list lagu lain yang saya sendiri leh nyanyi sambil goyang goyang kaki di atas buaian maka layaknya Stacy berada di final dan TANPA PREJUDIS layaknya menjadi JUARA MUSIM ini sekiranya tidak ada unsur2 dot dot dot dalam "minda" para pengundi.

Tetapi selepas saya melihat pada peratusan undian lepas konsert dimana TOI "juara" minggu 9 , MAKA DENGAN ini saya mengumumkan bahawa final nanti STACY "masih" berkemungkinan akan berakhir di tempat KELIMA setelah di"beban"kan dengan hujan hujan tugasan yang amat berat sebelah selama 9 minggu WALAUPUN dgn bakat dan kebolehannya mempamerkan persembahan2 yang bertenaga dan menghiburkan tetapi ianya BAKAL kecundang di tangan pelajar yang hanya mampu menyanyi satu nada, kerana apabila "BAKAL-BAKAL" juara ini memasuki nada lain maka ianya akan lari dari "kunci" asal melodi tersebut. Kenapa MALAYSIA mampu menerima ke"sumbangan" yang begitu teruk musim ini ? saya tdk pasti apa jawapannya tetapi ntahlah ntahlah ... mungkin Malaysia mahukan penyanyi yang sumbang sumbang masa bawa lagu kerana mungkin dah bosan penyanyi2 yang tak sumbang sumbang .. saya tidak heran akhirnya AKADEMI FANTASIA akan dilabel sebagai kilang artis penyanyi sumbang KALAU antara "mereka" ini menjadi juara nanti ...

o ya satu lagi hal, pasal pemberian lagu final nanti, saya masih terkejut napa Nubhan masih mendapat lagu2 seirama yang dia dapat selama 9 minggu ... hmmmm fikir2kan lah

opppps terlebey sudah ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan