Ahad, 25 Mei 2008

STACY - U R DA BEST !!!!!!!!!!!! CONGRATS !!!!!

SYABAS STACY anda buat MALAYSIA BERBANGGA KERNA MELAHIRKAN BAKAT SEPERTI ANDA DI PENTAS HIBURAN TANAH AIR .

Akhirnya Stacy berjaya memecahkan tradisi org Borneo pertama memenangi persaingan dalam Akademi Fantasia, Stacy juga berjaya meneruskan kemenangan pihak ppuan setelah Mila melakukannya pada Akademi Fantasia 5. Dan rasa tidak keterlaluan disini saya nyatakan bahawa lagu akhir yang dicipta khas untuk Stacy pada penutup konsert adalah Persembahan Terbaik pada Konsert Final untuk kesemua Final Akademi Fantasia dari Af 1 hingga Af 6, Syabas juga buat Nubhan sebab mendapat lagu yang sangat sesuai dengan tone dan konsep yang dia bawakan, lagu ini memang best dan syabas buat pencipta lagu utk Stacy dan Nubhan kerana berjaya mencipta lagu yang AMAT SESUAI dengan karakter kedua dua penyanyi baru ini, syabas juga buat Riz, Nadia dan Toi yang berjaya melangkah ke Final.

Saya cuma terkilan bila pengundi menempatkan Nadia di tempat terakhir, saya tidak tau faktor mana yang menyebabkan undian nadia berada di bawah undian Toi yang mana dapat dilihat dari segi vokal dan persembahan Nadia jauh lebih baik. Dan dengan bukti persembahan konsert malam tadi Nadia berjaya melakukan persembahan yang bertenaga, minta maaf sekali lagi saya bandingkan dengan Toi yg berada di tempat ke4, persembahan Toi tidak banyak bezanya dengan persembahan yang dia buat semasa konsert 1 hingga konsert 9, SAMA SAHAJA ... Nubhan pula masih sumbeng pada lagu pertamanya, sangat jelas di telinga dia lari dari Key lagu, tetapi syabas untuk lagu kedua kerana Nubhan berjaya bangkit walaupun masih pitch masalah tetapi at least dia menjiwai lagu tersebut dan menjadikan lagu tersebut sedap didengar oleh cuping telinga .. Riz pula tidaklah menghampakan dengan lagu terakhirnya, vokal yang mantap terutama pada part akhir lagu dan dia memang layak berada pada kedudukan nombor 2.

Akhir sekali syabas buat Pengundi Malaysia yang AKHIRNYA menempatkan PELAJAR YANG BENAR BENAR LAYAK untuk di labelkan sebagai PEMENANG untuk Akademi Fantasia musim 6, syabas ... mengejutkan sedikit kerana Stacy berjaya menjarakkan diri dengan margin yang amat besar dgn mendapat undian sehingga 43% , saya ingatkan dia mendapat saingan dari Riz dan Nubhan dari segi undian kerana saya mendapat AFRANK sebelum konsert dia diikuti rapat oleh Riz dengan 31% undian dimana Stacy hanya mendapat 39% undian.

KEPUTUSAN RASMI FINAL AF 6

Juara : Stacy
Naib Juara : Riz
Tempat Ketiga : Nubhan
Tempat Keempat : Toi
Tempat Kelima : Nadia

Jumlah Keseluruhan Undian SMS AF5 - 6.6 juta
Jumlah Keseluruhan Undian SMS AF6- 3.8 juta
Jumlah Undian Konsert Akhir AF6 - 879,000

Kedudukan Peratus Undian SMS
Stacy - 43%
Riz - 18%
Nubhan - 14%
Toi - 13%
Nadia - 13%



2 ulasan:

  1. mana dapat info pasal peratusan dan jumlah undi tu gidong??

    BalasPadam
  2. Tahniah buat Stacy... hehehehe kalau dia tak juara.. habis lahh astro.. hehehehehe....

    Teruskan perjuangan... ALAMAK TERLEBIH SUDAH.... takper... REDAH JERRR...

    BalasPadam