Selasa, 13 Mei 2008

TUGASAN AF 6 MINGGU 9


Nampaknya minggu ini pihak astro mempelbagaikan konsep lagu yang mereka berikan kepada pelajar pelajar yang ada, cuma saya rasa pilihan lagu untuk NUBHAN adalah sama sahaja dengan konsep2 yang diberikan kepadanya selama ini, kali ini juga mendapat lagu sentuhan lenggok "indonesia" tapi bukan aku nyanyian asal Kerispatih, bilalah rasanya Nubhan diberi lagu yang lebih mencabar ? atau pihak astro hanya memberikan lagu yang dia sekadar "boleh" sampai dgn maksima note2 yang dia boleh dapat lakukan, dan yang ironiknya sekali lagi Stacy diberikan lagu PALING susah apatah lagi lagu kali ni adalah nyanyian asal penyanyi lelaki yang pernah digelar raja POP dunia iaitu Micheal Jackson bertajuk BEAT IT ... saya tidak risau tentang susah atau senang lagu yang mereka berikan kepada Stacy tetapi pihak astro sepatutnya memberikan agihan tugasan kepada semua pelajar dengan tahap "kesukaran" yang sama agar lebih adil bagi semua pelajar, ni tidak, ada yg dapat lagu yang boleh disampaikan sambil makan keropok manakala dipihak lain pelajar mendapat lagu yang memerlukan 150% fokus kerana kalau hilang fokus 0.005% pun ianya akan merosakkan keseluruhan lagu tersebut. Neway pilihan lagu minggu ni saya suka terutama Stacy yang bakal membuat lagu BEAT IT versi pompuan yang pertama di dunia ? huahahaha Gudlak buat semua pelajar. Rasanya pilihan lagu2 duet kali ini amat bertepatan dgn karakter para pelajar.

PELAJAR LELAKI

Nubhan : Tapi Bukan Aku (Kerispatih)
Riz : Rock Around The Clock (Bill Haley)
Stanly : Kerana (Alleycats)
Toi : Kau Yang Bernama Seri (Handy Black)

PELAJAR WANITA

Nadia : Lelaki Budaya Darat (Ratu)
Stacy : Beat It (Micheal Jackson)

LAGU BONUS (DUET)

Ada Cinta ( Acha / Irwansyah ) - Nubhan / Stacy
Endless Love (Luther Vendross / Diana Ross) - Riz / Nadia
Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi/M Nasir) - Toi / Stanly


1 ulasan:

  1. go stacy!! dia sja la kna bagi lagu yg susah2 kan..inda fair btul. tp sya yakin c stacy tetap inda menghampakan..

    BalasPadam