Jumaat, 9 Mei 2008

Yehaa masanya sudah dekat - 16 - 19 may 2008

Tak sabar rasanya untuk sekali lagi menjejakkan kaki di kemuncak Gunung Kinabalu untuk ke lima kalinya, dah bertahun rasanya saya tak sampai ke kemuncak gunung Kinabalu, yang best nya kali ni adalah pendakian ini ditaja penuh oleh Sabah Port Sdn Bhd yang bergabung dengan Staff2 di bawah bumbung Suria Capital Holdings dari Kuala Lumpur, di mana dalam banyak2 permohonan saya merupakan seorang dari 25 wakil dari Sabah Port yang terpilih untuk pendakian amal ini, belum termasuk wakil2 dari Astro, TV3, RTM dan NTV7. Bekas pelajar Akademi Fantasia juga tidak ketinggalan dalam pendakian amal ini, yang sudah mengesahkan kehadiran untuk pendakian ini adalah Felix ( AF 2 ), Yazer ( AF2 ) dan juga Ebi ( AF5 ).

Saya tidak pasti tajaan bagi wakil2 dari Kuala Lumpur tetapi kami yang dari Sabah Port Sdn Bhd ditaja sebanyak RM1000 seorang dengan penginapan 2 malam di Perkasa Hotel, makan malam dan berbagai lagi aktiviti yang melibatkan kos. Cuma yang ironiknya saya telah dimasukkan dalam group pertama yang mana kami ditugaskan dlm kumpulan orang orang yang akan jadi juru gambar huahahahaha ( lantaklah dalam meeting ari tu terus bos "ketua polis" Pelabuhan tunjuk saya dlm bagian mengambil gambar, saya tau mereka semua ni pengunjung2 blog tak bernama di Noumad huahahaha ) .. tak pe tak pe, sekurang2nya saya ada tugas dlm aktiviti amal seperti ini malah bestnya sebab memang ramai wakil dari Smanjung huahahaha... Jadi ketika semua yg lain bizi training utk ketahanan fizikal, saya pula sibuk menambahkan berat badan dan kini sudah mencecah 73kg ... sebab sudah pasti masa pendakian nanti akan turun 5kg huahahaha ... lantaklah ...yang penting tak sabar sudah menawan kinabalu bersama gan Tan Sri Menudin lagi tu ... yehaaaaa



3 ulasan:

  1. wahhh sronoknya bro.... dapat daki gunung kinabalu.... ditaja plak tu... siap dapat tugasan lagi tu... wow... hebat..... apa apa pun... nanti ko snap gambar ye... jhehehehhe selamat berjaya

    BalasPadam
  2. Kihooii.. bagus oo ko boss.. great! Ambi gambar banyak2 ah.. gambar sumandak2 juga.. hehe. Congrats!!

    BalasPadam
  3. alamak! tersalah sudah

    Felix AF3
    Yazer AF3

    BalasPadam