Ahad, 8 Jun 2008

REVIEW ALBUM KADUS - JANRYWINE J LUSIN


REVIEW ALBUM KADUS

Album : Ika Noh Songulun Montok Doho
Artis : Janrywine J Lusin


Cover CD nya nampak menarik dan nampak berkualiti dari segi konsep dan penyampaian msg utk yg melihat cover cd yang bertajuk ika noh songulun montok doho KECUALI saya rasakan mana mana artis yang membuat cover album TIDAK PERLU letak gambar perkhawinan di cover cd , ia nya kelihatan “kekampungan”, spt dlm cover album ini, saya rasakan lebih baik dan lebih bagus penyampaiannya kalau hanya “lirik” saja yang artis ( objek ) itu perhatikan spt yg dapat kita lihat pada cover cdnya, apa2 pun konsep cover nya sgt menarik dan boleh dikatakan berkualiti, dari segi cahaya dan kedudukan artis semuanya kena pada tempatnya. Dan lagi satu kesilapan yang sering artis kadus lakukan dalam pembuatan cover cd adalah dgn memegang alat musik ( instrument ) YANG SALAH dari segi “musik” yang dia sampaikan pada keseluruhan albumnya atau pun pada konsep lagu yang dia bawakan dlm albumnya, antara perkara yang gagal diambil kira oleh artis kadus yang boleh mengelirukan peminat seni suara adalah , pada cover cdnya artis tersebut memegang gitar tong TETAPI secara keseluruhannya musik yang disampaikan dlm albumnya LEBIH kepada menggunakan bunyi piano dan keyboard, begitu juga sebaliknya ada artis yang membuat cover album yg kelihatan tengah bermain piano TETAPI dl albumnya musik yg digunakan adalah kebanyakannya bunyi gitar ataupun akaustik, bagi mereka yang “boleh” membaca konsep lagu yang bersesuaian dgn gambar cover cd akan terkeliru dan ianya boleh “menganggu” istilah KONSEP yang cuba disampaikan oleh penyanyi tersebut, apalagi kalau kulit albumnya memegang gitar akaustik tetapi albumnya berkonsep hip hop dan techno, memang hancur dari segi identiti. Artis2 kena tau identiti ‘instrument” apabila mereka mengambil keputusan utk memegang mana mana instrument dlm cover cd nya. Dan utk cover cd janry ni, ianya kena pada tempatnya sebab ada beberapa lagu dlm cd nya yang berkonsepkan pop alternative cth nya lagu Olidang Timpu Diri dan lagu Togirot. Syabas.


TRACK 1
IKA NOH SONGULUN MONTOK DOHO
Intro yang sgt menarik dan saya mengharapkan kualiti yang sama bila vokal dimasukkan, sayang sekali sedikit tidak menarik teknik vokal yang lebih kedengaran “bunyi” klasik, saya tidak tau kenapa kualiti bunyi musik ( ok ) dengan kualiti bunyi vokal ( sederhana ) , saya tdk pasti samaada ianya dimasukkan secara berasingan kerana vokalnya tidak “setajam” bunyi musiknya, mungkin juga sudah semulajadi tona dari vokal Janry yang memang berunsur klasik, saya pernah dengar dia nyanyi secara live dan saya rasa nyanyian secara live nya lebih “berkualiti” dan lebih “sedap” dari bunyi vokalnya dlm album ini. Melodi lagu ini sangat menarik, sebuah balada yang sepatutnya menjadi killer song utk albu ini, tetapi ianya gagal kerana vokal sedikit tdk kena dgn “percantuman” antara musik dan vokal. Sekali lagi teknik nyanyian “vibrator” PATUT dikurangkan dalam mana mana lagu, kita sudah berevolusi dari teknik tersebut yang kini lebih kepada teknik lenggok dan permainan adlib, bunyi echo juga tdk PATUT kedengaran seperti sedang menyanyi dalam DEWAN besar dan kadang2 kedengaran seperti dlm TONG utk penghasilan sesebuah lagu. Part chorusnya bagus kerna kombinasi musik dan vokal kedengaran seimbang, mungkin janry patut lebih banyak menggunakan not not tinggi utk albumnya yang akan datang sebab saya mendengar not rendahnya lemah dari segi “lontaran”. Ending lagu ini juga satu kesilapan dimana artis mengambil keputusan utk merendahkan lagi not “ulangan” dari ayat terakhir lagu ini, sangat ANTI KLIMAKS, patut penutupnya menggunakan “sustain” tarikan suara yang tinggi atau menggunakan not tinggi dan mencuba ending falseto utk menutupnya. Yang pasti syabas kerana berjaya mencipta melodi lagu yang sangat bagus dan menarik. Perbaiki teknik vokal utk lagu balada yang bagus spt ini kerana ada sesetengah part vokal penyanyi kedengaran “rock” dan “serak” yang sepatutnya tdk berlaku dlm konsep lagu ini …

TRACK 2
OLIDANG TIMPU DIRI
Satu lagi lagu yang menarik, melodi pop alternative yang segar dan selamba, syabas kerana menghasilkan kelainan dan lari dari tipikal lagu2 dusun yg kebiasaan kita dengar. Saya tidak tau hendak komen bagaimana kerana ada part vokal janry sesuai dgn lagu ini dan ada part yg tidak sesuai cthnya utk konsep lagu spt ini kita tdk perlu membuat adlib spt mana kita menyampaikan lagu RnB, ianya akan kedengaran janggal dan mengelirukan, part bunyi “techno” yang diselitkan utk satu rangkap juga rasanya sgt BERTENTANGAN dengan identiti lagu pop alternative, bunyi spt itu lebih sesuai utk lagu2 hip hop rnb dan techno. Part akhirnya menarik , seimbang dan kena dgn konsep lagu. Lagu begini ada baiknya disampaikan secara teknik vokal “malas” dan “selamba”.

TRACK 3
KINONGO NOH
Dalam banyak track saya rasa ini yang paling sesuai dengan tona dan lenggok Janry, dan lagu ini berjaya dari segi keseimbangan “level” musik dan vokal Janry, not rendah yg tdk terlalu rendah dan not tinggi yang cukup makan, sgt bersesuaian dgn pembawaan dan lenggoknya, syabas kerana saya rasa lagu ni sgt bagus dari segi melodi baladanya tetapi saya mengharapkan Janry mencuba teknik falseto pada penghujung rangkap lagu ini yg sgt sesuai kalau d lakukannya. Dan satu lagi, Janry patut menggunakan teknik “fade” utk mengakhiri sesetengah lagunya dlm album ini kerana kebanyakan ending lagunya dilakukan dengan teknik “ulangan” 3 kali.

TRACK 4
ANDADON POH OI AMBALUT
Boleh dikatakan lagu ni salah satu lagu sumazau moden, dimulakan dgn bunyi “kulingtangan” dgn rentak tipikal sumazau tetapi diselitkan dengan susunan musik yg kita boleh gunakan utk menari mengikut gerakan lagu2 RnB, melodi dan susunan musik nya sgt bagus dimana tipikal sumazau + sedikit hip hop digabungkan ( kalau d selitkan rap dlm lagu spt ini pasti berjaya ).

TRACK 5
MINDAD KOULIAN NU
Lagu ini hanya sedap didengar pada part intronya, memang sedap pada part intro TETAPI keseluruhan melodi dan lenggok vokal dari lagu ini sangat lemah, langsung tidak mencabar vokal dan kedengaran sangat malas, maaf kata lagu ini kedengaran hanya mempunyai satu nada dari mula sampai akhir, walaupun part chorusnya ada perubahan not not yang berlainan tetapi ianya masih kedengaran “janggal” … saya tidak tau kenapa lagu ini dipilih utk dimasukkan dlm album ni, lagu sebegini boleh menjadi hits sekiranya Janry memanipulasi kan kekuatan vokal , permainan lenggok dan menggunakan adlib2 yang sukar, sekiranya lagu melow sebegini dinyanyikan tanpa permainan lenggok yg menarik ianya boleh menjadi sangat membosankan.

TRACK 6
TOGIROT
Saya sangat menyukai lagu ini, segar dimana ianya sedikit ada unsur alternative dan dalam masa yang sama ianya dinyanyikan dengan nada “sedih”. Syabas utk pencipta lagu ini utk memberikan satu lagi kelainan dlm konsep musik Kadus. Vokal janry juga sesuai dgn lagu spt ini, Cuma sekali lagi saya tdk menyukai “level” bunyi musik dan bunyi vokal yang tidak seimbang. Seolah olah vokal sedikit dihadapan bunyik musiknya. Apa apa pun lagu ni best. Bila ianya didengari berulang kali rasa mahu nyanyi bersama dgn lagu ni . Syabas.

TRACK 7
SONGIAN
Rangkap pertama kedengaran terlalu rendah utk range vokal janry, kedengaran vokalnya terlalu diusahakan untuk mencapai not serendah ini, walaubagaimana pun saya suka bridge lagu ini dan chorusnya, melodinya sangat bagus, sangat menyenangkan utk pendengaran telinga. Kali ini saya tidak menyukai intro yang yang seolah olah mengklon intro lagu2 english lama, sangat tidak kena dan sedikit menghambarkan keseluruhan lagu ini yang sepatutnya menjadi track yang sgt bagus.

TRACK 8
TATAPON NOH GINAWO NU
Intro menarik kerana menggunakan pendekatan spt lagu2 dari band FASTBALL yg bertajuk “out of my head”, saya tidak tau pula kalau ini diilhamkan dari lagu tersebut atau pun idea sendiri, namun syabas kerana mempunyai idea spt ini, Cuma sekalilagi Janry perlu memperbaiki lenggok2nya dlm mana2 lagu kerana utk konsep yg berlainan, lenggok yg sama tidak patut dilakukan, lenggok balada dan lenggok untuk lagu2 pop alternative sangat bertentangan.

TRACK 9
SABAB NOH PIGINAWAAN DITI
Part Betcy Micheal – Seperti biasa Betcy berjaya dari segi kekuatan vokalnya, setiap kali membawakan mana2 lagu Betcy berjaya menjadikannya lagu sendiri, dengan lenggok sendiri tanpa mebuat lenggok yang berlebihan, tone yang sedap dan saya menyukai part Betcy melakukan “suara” 2 pada part chorusnya dgn Janry. Cuma rasanya saya tidak berapa menyukai melodi lagu ini, ianya lebih sesuai utk lagu solo. Track terakhir iaitu MIAGAL KOLUMIS lebih sesuai utk lagu duet.
Part Janry – Kali ini sesuai dgn konsep lagu, seimbang dan lenggok yang sesuai. Syabas. Lagu ni patut dia nyanyikan secara solo.


TRACK 10
MIAGAL KOLUMIS
Terus terang lagu ni yang patut dijadikan sebagai lagu duet, bila ianya dilakukan pasti lagu ini boleh menjadi hits jika dibandingkan dinyanyikan secara solo. Apa sekali pun melodi lagu ini sangat bagus, dengan lirik yang sangat menarik. Saya menyukai lagu ini. Susunan musik yg bagus, dan vokal Janry memang sesuai dgn lagu lagu seperti ini.


NOTA :

Kepada artis2 KADUS yang sudah memiliki album, boleh lah memberikan cd nya kepada saya sekiranya anda mahukan review album anda. Tetapi secara percuma hahahaha MAJULAH MUSIK KADUS. Nanti saya mahu buat Rankin Noumad utk album Kadus yg HANYA telah saya review.




7 ulasan:

  1. i've told you, u make a good review than me... heheheh... syabas gidong...

    BalasPadam
  2. artis kadus tu maksudnya apa?

    BalasPadam
  3. markie saya suka buat ulasan album KADUS sebab mau musik KADUS maju dan terus maju kehadapan hehehe review ko pun bagus bah ..

    Fiebie maksud artis kadus tu adalah artis KADAZAN DUSUN. Kebanyakan liriknya dibuat dalam bahasa etnik kadazan dusun murut.

    BalasPadam
  4. gidong, bulikah review ko akan datang, ko post jugak di KE? sama ja tujuan kita. mo tinguk kita pinya indsutri music nir terus maju bah kan... Selaras dengan Visi Utama Kadus Entertainment. TQ Gidong!

    fiebie, macam yang si gidong cakap tadi, Kadus juga adalah singkatan kepada KadazanDusun. hehehehe...

    BalasPadam
  5. Tks a lot guys.. its kind of refreshing bila ada review of my album. its been a while. The truth is kita sama2 mau lihat dan dengar satu anjakkan dlm kualiti musik kita, kerna kita (terutamanya yg beralbum) merupakan front liner dna 'wajah' kepada outsiders.Therefore i'd tried my best to bring as good as i can for an example to others who wish to involve in this 'uneasy' field. Lets join hands guys..tks once again gidong.

    BalasPadam
  6. Peewiitt... thats the gidongs uniques.. graciass for the review brother!!

    BalasPadam
  7. SAME - albumnya sudah begitu bagus tetapi masih boleh jadi lebih bagus dari itu. Good Luck bro ...

    BalasPadam