Ahad, 15 Mac 2009

ULASAN KONSERT AF 7 ... Minggu Pertama

Pentas ala ala American Idol hahahaha , ini mungkin transformasi untuk pentas persembahan, dari pentas luas ke pentas ala ala sempit seperti pentas American Idol.

Kostum para pelajar nampak SURAM.

Saya tidak teruja dengan dua pengkritik tu, terlalu “kontrol” baik. Lemah !

Untuk konsert pengenalan, saya listkan bagian POSITIF dan NEGETIF nya. Dan seperti tahun2 lalu, saya akan bagi keputusan utk setiap pelajar sama ada LULUS ataupun GAGAL dari telinga dan penglihatan gidong.

RANKING SEBELUM KONSERT

Isma 10%
Rubisa 10%
Yazid 9%
Rini 8%
Zizi 8%
Claudia 8%
Aril 7%
Obri 7%
Akim 7%
Hafiz 6%
Sidi 6%
Aishah 6%
Qhaud 5%
Adila 5%


ADILA – Di Bawah Pohon Asmara
POSITIF :
Yakin dengan persembahan.
Interaksi dgn penonton yang agak baik.

NEGETIF :
Masa masuk lirik pertama samaada suara tenggelam ataupun mic problem.
Kurang dari segi pernafasan.
Nampak Penat.
Persembahan vokal yang sgt lemah.
Tercungap cungap.
Personaliti pentas lemah.
Menuju akhir lagu menjurus “sumbang”.
Tempo bermasalah lah.

Keputusan Exam : GAGAL

SIDI – Terima Kasih Cinta
POSITIF :
Tone yang agak baik dan sesuai dengan lagu.
Apa lagi ya ? TIADA !

NEGETIF :
Masuk saja sudah sumbang lah wei.
Expresi muka tdk sesuai dgn lagu.
Tiada rasa walaupun bawa lagu yang perlu “jiwa” yg kuat.
Buat ad lib terus picthing lari.
Masalah tempo.

Keputusan Exam : GAGAL

ZIZI – lagu Elyana

POSITIF :
Tone yang unik.
Karakter / personaliti agak baik atas pentas.
Interaksi dgn penonton agak baik.
Persembahan yang agak baik.
Tidak sumbang.

NEGETIF :
Nampak penat, nampak sgt tiada stamina.
Pernafasan Kurang.
Kawalan mic dekat/jauh lemah sebab ada part high note tu memang pd speaker sgt kuat tetapi pada note rendah hampir tidak kedengaran.

Keputusan Exam : LULUS

YAZID – Lagu Jamal
POSITIF :
Personaliti yang agak baik atas pentas.
Penghayatan agak baik sebab kena dengan expresi muka dan gerak badan.
Lain ? TIADA .

NEGETIF :
Masuk saja rangkap pertama dah ke laut dalam.
Nampak teragak-agak ( mata ke kiri kanan masa kamera didepan ).
Lenggok pembawaan lagu yang sangat mendatar.
Persembahan agak lemah.

Special note : Konflik identiti, dia ni kan penari breakdance ? napa personaliti sedikit kearah rock malah pilihan lagu pun rock jiwang ? hmmm

Keputusan Exam : GAGAL

ISMA – Sepi
POSITIF :
Tone yang sesuai dengan lagu.
Gaya persembahan yang agak baik.
Kawalan vokal yang agak baik.

NEGETIF :
Vibretor agak berlebihan di setiap penghujung lirik.
Pitch sgt mudah lari di penghujung note rendah.
Tone suara yang sudah ada persamaan dengan beberapa artis yg sedia ada ( jadi Isma kena cari kelainan dari segi lenggok dan persembahannya agar tidak nampak copycat )


Keputusan Exam : LULUS

AKIM – Hati ku Luka
POSITIF :
Tone “garau serak” yang agak unik.
Berani membawa unsur Blues/Jazz dlm lagu yg dibawakan.
Tahap keyakinan yg agak baik atas pentas.
Note rendah yang sangat baik.
Personaliti yang agak baik atas pentas.

NEGETIF :
Vibretor juga agak keterlaluan.
Ada masalah pitch.
Terlalu bersahaja.

Keputusan Exam : LULUS

CLAUDIA - Sempurna
POSITIF :
Tone yang tersendiri.
High note yang sedap didengar.
Mencuba banyak falseto.
Tahap keyakinan yg agak baik.

NEGETIF :
Key lagu yang diberikan terlalu rendah – salah siapa ? lu pikir lah sendiri.
Oleh tu note rendah agak bermasalah.
Kadangkala lenggok kedengaran spt lenggok Dayang Nurfaizah. Tone dia agak baik sekiranya membuat lenggok yang lari dari imej lenggok dayang.
Pitching agak lari.
Persembahan agak hambar dlm penguasaan pentas dan gerak.
Saya rasa lagu ni tidak sesuai dengan Claudia hmmmm

Keputusan Exam : LULUS

HAFIZ – Lagu Kita
POSITIF :
Personaliti yang kuat atas pentas.
Tone suara yang sedap didengar.
Sesuai dengan lagu yang dibawakan.
Kawalan vokal yang agak baik.
Persembahan yang menyakinkan.
Mesej lagu sampai.
Low dan High note yang agak baik.

NEGETIF :
Kalau kamu perasan, hafiz berada ditengah2 pentas dari mula hingga abis lagu ..
Perlu lari dari imej Hermon Tino .

Special Note : Best …… saya suka gaya alternative dan tone suara spt ini haha
AFUNDI HAFIZ utk minggu ni .

Keputusan Exam : CEMERLANG

RINI – Elegi Sepi
POSITIF :
hmm ??? ntah mendatar ja … ( positif ke ni ? )

NEGETIF :
Tidak perlulah 100% cuba tiru lenggok Azaharina.
High Note terlalu ditekan.
Terlalu banyak bermain dengan melodi “ah ah uh uh o o o”
Pitch lari masa masuk bridge.
Biasa biasa ja sebab mesej tidak sampai.
Tempo bermasalah.
Tidak sesuai dengan lagu yang dibawakan.

Keputusan Exam : GAGAL

OBRI – Jeritan Batinku
POSITIF :
Membawa lagu lama dengan susunan musik yg baru ( R&B ).
???? belum jumpa positifnya, mungkin di konsert kedua hmmm

NEGETIF :
Sumbang sana sini .
Nafas tidak cukup utk sustain note panjang.
Penghayatan memang kuranggg utk lagu yg bawa mesej ‘JERITAN BATIN’ !
Gaya persembahan yang agak “ganjil” dgn mesej yg dibawakan.
Persembahan vokal dan permainan lenggok R&B yang lemah.

Special Note : Memang tak ada pun orang lain bawa lagu Jeritan Batinku seperti yang dia cakap hehe.

Keputusan Exam : GAGAL

AISAH - Sebenarnya
POSITIF :
Personaliti yang menarik atas pentas.
Santai selamba tetapi agak kena dengan lagu dan persembahan.
Tone lembut yang agak menarik.
Yakin atas pentas.
Gaya persembahan kena dengan melodi lagu dan agak menghiburkan.

NEGETIF :
Ada masalah pitchin.
Masalah pernafasan.
Kawalan vokal agak lemah.
Tempo pun turut bermasalah .

Keputusan Exam : LULUS

QHAUD – Phoenik Bangkit
POSITIF :
Personaliti atas pentas yang menarik.
Low note agak baik.
Tahap keyakinan yang agak baik.
Gaya persembahan yang sesuai dengan lagu yg dibawakan.
Penguasaan pentas agak baik.
Sebutan lirik sangat jelas.

NEGETIF :
Masalah Tempo pada permulaan lagu.
Masalah pernafasan sebab ada part note panjang yang tidak kedengaran.
Tone agak tidak sesuai dengan lagu irama ala ala padang pasir seperti ini.
Tone biasa biasa ja ( perlu cari kelainan ).

Keputusan Exam : LULUS

RUBISA - Matahariku

POSITIF :
Tone tersendiri yang sedap didengar.
Personaliti pentas yang menarik.
Penghayatan yang baik.
Gaya persembahan yang sangat baik.
Tahap keyakinan yang sangat baik.
Low note dan High note yang agak baik.
Sustain note panjang yang baik.

NEGETIF :
Tempo pada permulaan lagu.
Sedikit keterlaluan pada part duduk ke kiri kanan.
Longgar sedikit pada kawalan vokal terutama part tinggi bridge.

Special Note : saya suka jawapan utk adlin “hepilah sebab baru tunang” huahahaha

Keputusan Exam : LULUS


ARIL – Rahasia Perempuan
POSITIF :
Tahap keyakinan yang tinggi.
Penguasaan pentas yang baik.
Tenaga persembahan yang sangat baik.

NEGETIF :
Kawalan vokal yang sangat lemah.
Tone sangat tidak sesuai dengan lagu yang dibawakan.
Persembahan lagu yang sangat lemah.
Pernafasan bermasalah.
Vokal agak tenggelam dan tidak jelas walaupun kelihatan mic sangat dekat dengan rongga mulut …

Special Note : Bak kata juri satu - BEST of the BEST ??? NOPE !!!! penganti Sudirman ??? NOPE !!! Im sori ………

Keputusan Exam : LULUS

TOP 5 pilihan Gidong :
1. HAFIZ
2. RUBISA
3. AISAH
4. AKIM
5. CLAUDIA
BOTTOM 5 pilihan Gidong:
1. ADILA
2. SIDI
3. OBRI
4. RINI
5. YAZID

Wah ada imbas kembali persembahan ? American Idol sunggoh lah transfomer AF ni wahahaha

Secara keseluruhannya Konsert petama agak ganjil dan mengelirukan dari segi identiti, mcm dah ada unsur2 copycat, saya lebih suka identiti lama yg lain dari reality tv lain. Hmm nampaknya satu lagi versi American Idol muncul d Malaysia ….


RANKING SELEPAS KONSERT

Hafiz 10%
Rubisa 9%
Yazid 9%
Aril 8%
Zizi 8%
Isma 8%
Claudia 7%
Aishah 7%
Akim 7%
Obri 6%
Qhaud 6%
Rini 6%
Adila 5%
Sidi 4%


12 ulasan:

  1. hey...ada point kita yang sama ....


    hahaha

    BalasPadam
  2. nasib baik pelajar yang aku mau lihat selalu.... lulus dan cemerlang pada mata pengkritik gidong...

    wakakkaka

    BalasPadam
  3. Joey - ya ada ... sudah baca ulasan kamu juga .. nanti saya linkkan ..

    Kematz - hahaha tapi Hafiz memang bagus konsert pertama, mungkin konsert kedua dia GAGAL haha

    BalasPadam
  4. hey
    jeritan batinku tu horror weh hahahha
    teruk yg mlampau
    aku rs tu antara psmbhn truk lm sejarah af hahaha

    BalasPadam
  5. hahahaha bro... apa lagik join la Hafiz FC... ekekkeke...

    BalasPadam
  6. oh ya... ada point kita yang sama bro... kita memang telinga tajam.... ekekekek...

    BalasPadam
  7. siot lahh ko gidong.. aku mau dia lama sikit dalam konsert...
    tak lahh aku rasa membazir kat dewan panas tu...

    BalasPadam
  8. my top 5:

    akim
    aril
    aishah
    isma
    hafiz

    BalasPadam
  9. KURT KUDEn - Memang horror haha

    Pen Merah - saya tdk mau join mana2 fc hehe

    Ajami - haha

    Kematz -ya ya betul , memang dia bagus pun minggu pertama.

    Karl - Aril di pertengahan bukan top 5 hehe

    BalasPadam
  10. mcm pro pula ko gitung hahahha

    BalasPadam
  11. Mamai - paduli lah .. utk ramai2 ja bah hahaha

    BalasPadam