Rabu, 18 November 2009

Panik gidong tadi pagi .. pasal Suami Isteri yang tidak panjang akal!!!!

Malam semalam sepertinya berjalan seperti malam malam biasa, lepas main tenis dengan kawan2 dan makan dgn kawan2 saya balik ke rumah seperti biasa, rutin waktu malam yang saya lakukan berjalan seperti biasa, selepas memcuci baju terpakai dan mandi saya menyambung tengo sitkom musim kedua Brothers and Sisters … tetapi dlm lebih kurang tengah malam jam 12 hati dan firasat saya tidak berapa baik, dan selalunya kesudahan dari firasat spt itu pasti akan berlaku sesuatu yang tidak baik, seolah olah ada “pengesan” utk hal hal yang berlaku di sekeliling saya. Ya manusia biasa selalunya bila kita rasa tidak “mampu” utk mendapat “jawapan” untuk sesuatu keadaan yg mempunyai kemungkinan melibatkan kita dalam hal yang buruk maka barulah kita ingat akan TUHAN … saya akui selalunya seperti itu, di masa kita bersenang lenang dan dalam keadaan yang “baik” maka kita jarang sekali “merujuk” kepada Tuhan ( berdoa ). Ya semalam saya berdoa mungkin lebih dari doa doa sebelumnya sebab hati saya gusar tanpa mengetahui penyebabnya.

Dan ya tepat seperti yang saya rasakan dlm lebih kurang jam 2.30 pagi ( saya tdk dpt tidur lagi ) saya terhidu asap yang sgt kuat … dengan cepat saya bergesas ke kaki lima rumah, dan itulah yg saya “rasakan” sepanjang malam ni iaitu rumah di atas tingkat saya tinggal tengah terbakar, saya sedikit panik bila nampak kepulan asap yang tebal, dan tidak lama selepas itu saya mula dengar kerumunan org ramai memecahkan pintu di atas tingkat tersebut ( menang yang terbakar adalah rumah dia atas tingkat saya tinggal ), saya sedikit panik dan mengambil benda2 yang saya kira penting dlm hidup saya antaranya Kamera Nikon saya dan Lap top saya .. dua benda ni mesti saya selamatkan bersama dokumen2 pribadi yang penting termasuk kad pengenalan dan passport.

Apa yang memeranjatkan adalah rumah yang terbakar itu ada orang didalamnya tetapi sangat menyedihkan kerana mereka adalah budak berumur 4 tahun dan 5 tahun bersendirian didalam TANPA ibu bapa mereka, kedua dua budak tersebut ditinggalkan dan dikunci dari luar oleh ibu bapa mereka … lebih menyedihkan budak 4 tahun tersebut sudah pengsan semasa penghuni sebelah memecah masuk utk menyelamatkan mereka … semasa melihat keadaan tersebut saya “menyumpah serapah” terhadap ibu bapa budak2 tersebut, bagaimana tegah mereka kunci anak mereka didalam tanpa jagaan, sebab kebakaran yang berlaku bukan berpunca dari kecuaian manusia tetapi dari litar pintas yang berlaku, natijahnya adalah NYAWA budak tersebut hampir2 hilang kerana kebodohan ibu bapa mereka. Sebagai ibu bapa bagaimana anda berasa tenang dgn mengunci anak anda keseorangan di dalam rumah ? saya sangat geram sebab perkara tersebut bukan saja telah membahayakan nyawa anak mereka tetapi hampir menyebabkan tingkat atas bangunan kami tinggal terbakar. Syukur saja jiran2 bersebelahan cepat bertindak sehinggalah Bomba datang dan Ambulan membawa budak yang pengsan ke hospital …

Pelajarannya .. JANGAN tinggalkan anak anak kecil anda yang belum tau apa apa keseorangan di rumah, kalau memang anda ( sebagai ibu bapa ) ada hal penting, hantar saja anak anda ke rumah jiran sebelum anda menyesal seumur hidup dgn kemungkinan kehilangan anak yang anda sayangi kerana kelalaian anda sendiri .. JANGAN JADI BODOH !!!!!!!!!!

Syukur pada Tuhan sebab saya tidak perlu kelam kabut menyelamatkan barang2 rumah sebab kebakaran dpt dikawal dgn bantuan org ramai dan ahli bomba yang datang . Amin


12 ulasan:

  1. Ya .. kenapa lah ada ibubapa sanggup kunci anak dia dalam rumah bersendirian .. erkkks

    BalasPadam
  2. ye la
    tp mungkin parents kanak2 itu risau anak mereka akan keluar rmh, mungkin akan jatuh dr tingkat rmh mereka ke bawah

    atau takut penculik, perompak masuk ke rmh mereka lalu buat sesuatu xbaik pada mereka

    tp 4,5 thn xsesuai tinggalkan sendirian tanpa pengawasan ibubapa la. sgt xpatut.

    BalasPadam
  3. eh...ape jenis mak bapak yg tak pk pasal anak nih..kot ye pun ade hal penting ke ape ke....tak logik ok nak tinggal budak2 yg tak reti ape kat umah tanpa ade org dewasa....so stupid!!

    sib baik ade jiran tetangga..if not? nauzubillah....

    mintak2 dijauhkan dr berperangai sebegitu.....

    BalasPadam
  4. yer lah, kalau ada hal penting pun mereka patut tumpangkan anak mereka ke rumah jiran, mengunci anak bersendirian dlm rumah tidak menjamin keselamatan mereka termasuk dari pencuri ...

    BalasPadam
  5. persoalan dia...pa kisah di sebalik kedua2 ibu bapa tersebut dan apakah kejadian berikutnya? :)

    BalasPadam
  6. ko slamatkan kamera nikon ko tapi x ambil gambar insiden tersebut....alahai...

    BalasPadam
  7. setuju ngan gidong..
    JANGAN JADI BODOH!!
    kalau tak nak anak, jangan la buat anak..
    aduih bengang bengang

    BalasPadam
  8. salam. terkejut jugak baca entri awk. tapi, apa nak jadi lah kan? nasib baik2 dua2 budak tu selamat. kalau tak, mesti sampai lani awk rasa bersalah tak habes.

    BalasPadam
  9. To all parents out there, this is a good lesson to learn!

    BalasPadam
  10. KESIAN DORANG DONG...NDAPALA PENGAJARAN BUAT DORANG DAN KITA...TP DURANG PI MANA JUGAK SAMPAI 2-3 PAGI LOM BALIK...

    BalasPadam
  11. Aduh Gidung...
    sakit dada sy membaca entri awak...biar mak bapak paham...

    BalasPadam