Isnin, 2 Ogos 2010

Nota saya melalui Facebook

Ada baiknya saya kongsikan disini :-)

Cinta yang murni adalah :
Ketika kamu menitiskan air mata tetapi masih peduli terhadapnya,
Ketika dia tidak memperdulikan kamu tetapi kamu tetap menunggunya dengan setia,
Ketika dia mula mencintai orang lain dan kamu masih boleh tersenyum sambil berkata "saya turut berbahagia untuk mu"

Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan,
Termasuk mereka yang tidak ingin kita tinggalkan,
Tetapi ingatlah bahawa melepaskan bukan akhir dari dunia,
Melainkan awal dari satu kehidupan baru...

Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang,
Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, melainkan kita sedar
Bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya.
Ingatlah bahawa dalam hidup kita mungkin menemui dan kehilangan seseorang,
Tetapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya,

Sebab mencintai bukanlah bagaimana kamu melupakan
Melainkan bagaimana kamu memaafkan..
Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan
Melainkan bagaimana kamu mengerti..
Bukanlah apa yang kamu lihat
Melainkan apa yang kamu rasa..
Bukanlah bagaimana kamu melepaskan
Melainkan bagaimana kamu bertahan..

Orang yang kuat bukanlah mereka yang selalu menang,
Melainkan mereka yang masih mampu dan teguh berdiri ketika mereka jatuh dan terbiar.

2 ulasan: