Jumaat, 3 Ogos 2012

SEJAHTERA MALAYSIA

Sempena hari Merdeka saya mau cover lagu ni, sa rasa bersemangat tiap kali dengar lagu ni . Lagu ni bkn saja memberi saya semangat kenegaraan tetapi juga memberi kekuatan dan harapan bahawa kita rakyat Malaysia boleh bersatu walaupun kita hidup dalam negara yg pelbagai Bangsa Kaum dan Agama. RESPEK sesama sendiri sebagai satu keluarga dibawah satu bumbung MALAYSIA. Amen !

SEJAHTERA MALAYSIA

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

( korus )
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan