Memaparkan catatan dengan label akademi fantasia 6. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akademi fantasia 6. Papar semua catatan

Selasa, 13 Mei 2008

TUGASAN AF 6 MINGGU 9


Nampaknya minggu ini pihak astro mempelbagaikan konsep lagu yang mereka berikan kepada pelajar pelajar yang ada, cuma saya rasa pilihan lagu untuk NUBHAN adalah sama sahaja dengan konsep2 yang diberikan kepadanya selama ini, kali ini juga mendapat lagu sentuhan lenggok "indonesia" tapi bukan aku nyanyian asal Kerispatih, bilalah rasanya Nubhan diberi lagu yang lebih mencabar ? atau pihak astro hanya memberikan lagu yang dia sekadar "boleh" sampai dgn maksima note2 yang dia boleh dapat lakukan, dan yang ironiknya sekali lagi Stacy diberikan lagu PALING susah apatah lagi lagu kali ni adalah nyanyian asal penyanyi lelaki yang pernah digelar raja POP dunia iaitu Micheal Jackson bertajuk BEAT IT ... saya tidak risau tentang susah atau senang lagu yang mereka berikan kepada Stacy tetapi pihak astro sepatutnya memberikan agihan tugasan kepada semua pelajar dengan tahap "kesukaran" yang sama agar lebih adil bagi semua pelajar, ni tidak, ada yg dapat lagu yang boleh disampaikan sambil makan keropok manakala dipihak lain pelajar mendapat lagu yang memerlukan 150% fokus kerana kalau hilang fokus 0.005% pun ianya akan merosakkan keseluruhan lagu tersebut. Neway pilihan lagu minggu ni saya suka terutama Stacy yang bakal membuat lagu BEAT IT versi pompuan yang pertama di dunia ? huahahaha Gudlak buat semua pelajar. Rasanya pilihan lagu2 duet kali ini amat bertepatan dgn karakter para pelajar.

PELAJAR LELAKI

Nubhan : Tapi Bukan Aku (Kerispatih)
Riz : Rock Around The Clock (Bill Haley)
Stanly : Kerana (Alleycats)
Toi : Kau Yang Bernama Seri (Handy Black)

PELAJAR WANITA

Nadia : Lelaki Budaya Darat (Ratu)
Stacy : Beat It (Micheal Jackson)

LAGU BONUS (DUET)

Ada Cinta ( Acha / Irwansyah ) - Nubhan / Stacy
Endless Love (Luther Vendross / Diana Ross) - Riz / Nadia
Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi/M Nasir) - Toi / Stanly


Isnin, 21 April 2008

LAGU TUGASAN minggu 6


Lagu Tugasan Minggu ke - 6

ULAR ( anita sarawak )- RINA
RAMA - RAMA ( ella )- NADIA
DON'T SPEAK ( no doubt) - STACY
KATAKANLAH ( hazami ) - STANLEY
TAK BISAKAH ( peterpan) - TOI
SERIBU TAHUN ( imran ajmain)- RIZ
GENERASIKU ( oag )- NUBHAN
KETAHUAN ( matta)- ALIFF


Ahad, 20 April 2008

Ulasan Konsert AF6 minggu ke LIMA

ULASAN PENUH KONSERT AF minggu 5

ALIF - GAGAL

Berdasarkan pola undian dimana Alif mendapat undian paling tinggi dengan margin yang agak besar, sangat TIDAK bertepatan dengan kualiti vokal dan persembahan yang Alif berikan semasa konsert, nampaknya sekali lagi pengikut2 AF yg membuat undian GAGAL melaksanakan tugas dengan menilai pelajar melalui persembahan yang mereka berikan, saya setuju Alif bukanlah perlajar yang paling lemah sebab masih banyak pelajar lain yang lebih lemah NAMUN dalam masa yang sama Alif juga belum layak untuk berada pada atas carta mengikut mutu vokal dan persembahan, part pertama saja Alif lupa lirik rap nya, sekali gus menganggu kawalan vokalnya, dan paling ironik tempo rap dan lagu juga lari dari irama lagu rap adam .. namun dari segi kereografi ianya patut dipuji kerana dapat menari secara seimbang dengan penari latar. Secara keseluruhannya adalah tidak memberangsangkan dan lemah.

STANLY – GAGAL

Saya sangat TIDAK SETUJU sekiranya seorang Ibu yang sedang sakit tenat digunakan dan dikomersialkan dlm sebuah rancangan secara langsung dan ditonton oleh ribuan orang awam, untuk kita memberi simpati dan cara kita melahirkan rasa prihatin BUKAN seperti membuat iklan jualan langsung, ASTRO PLS TAKE NOTE “HIDUP MATI” seseorang bukan satu permainan. Saya harap astro lebih sensitif terhadap hal hal seperti ini. Seperti biasa nyanyian Stanly masih SANGAT sumbang dan kali ini ditambah dengan satu lagi kelemahan, NOTE TINGGI tidak sampai, gaya persembahan juga tidak selari dengan senikata dan bait bait lagu yang dialunkan, maaf kata persembahan Stanly bagi saya masih tidak menunjukkan peningkatan.

NADIA – LULUS

Satu lagi persembahan vokal dan pentas yang seimbang dari Nadia, seperti biasa Nadia berjaya menyakinkan para penonton bahawa dia boleh membawakan banyak jenis lagu, Cuma saya rasa penyakit lamanya yang suka “memberatkan” hujung lirik kembali berlaku, memang ada masanya teknik tersebut sesuai digunakan tetapi BUKAN dengan lagu ini.. Saya tertarik dengan karakter gedik yang Nadia selitkan dalam persembahannya, ianya sangat menjadi dan sangat bertepatan dengan konsep lagu yang dia bawakan.

RINA50-50

Persembahan yang ok ok saja dari Rina, kawalan suara yang baik sebab lagu juga tidaklah menguji sangat kekuatan vokal, tetapi saya sedikit jengkel mendengar part falseto masa “didepanmu didepanmu” dan “belakangmu belakangmu” .. ianya seolah olah buat ajuk terhadap “nilai” lagu yang dia sampaikan … saya rasa untuk part tersebut sepatutnya Rina melontarkan suara dengan jelas agar kedengaran “menghargai” lagu tersebut … ianya telah merosakkan persembahan Rina malam tersebut dan ditambah dengan Gaun yang kembang kembung … Nenek pakai gaun mcm tu ? fikir fikir kan lah sendiri …..

TOI – GAGAL

Melihat saja dari segi pakaian pun sudah nampak “badut” bagi imej Toi, saya tidak faham kenapa perlu meniru pakaian orang “negro” bila nyanyikan lagu seperti itu … dimana baju yg dipakai hanya sesuai utk mereka2 yang berbadan besar .. alahai … kostum tersebut langsung tidak membantu untuk mencantikkan imej Toi yang memang ntah apa apa ntah. Dan erkkks serius saya katakan bahwa Toi seorang “pengajuk” yang sangat baik, saya rasa kalau penyanyi asal mendengar Toi bawakan lagu ini, pasti dia menangis .. kenapa ? sebab Toi gagal membawakan karakter lagu ini sesuai dengan acuan lirik dan juga melodinya, lagu ni adalah lagu Irama dan Blues ditambah dengan sedikit Reggae .. Toi hanya menyanyikan lagu ini dengan memasukkan lenggok lagu melayu yang sangat tidak bersesuaian, kalau korang dengar balik rakamannya pasti korang faham apa yang saya maksudkan, sebenarnya lagu ini sangat mudah dibawakan kerana punyai nada yang selari dari mula sampai akhir tetapi Toi masih gagal mebawakannya .. entah dimana silapnya saya langsung tidak terhibur dengan vokal yang lemah seperti ini … saya seolah oleh menonton rancangan jenaka hujung minggu.

SAIDA – GAGAL

Terbukti sekali lagi Saida memang lemah dlaam kawalan dan teknik vokal, satu lagi persembahan yang sangat tidak memberangsangkan, masalah pitch dan paling ketara adalah Saida seolah olah takut untuk melakukan nada tinggi sehingga ianya mencacatkan mutu suara yang Saida sepatutnya tonjolkan dalam lagu ini, saban minggu menyajikan persembahan TANPA peningkatan, dan satu lagi ianya sangat membosankan dimana saya menguap beberapa kali menunggu lagu ini habis dinyanyikan.. Saya langsung tidak hairan Saida tersinggkir minggu ini kerana gagal dalam masa 4 minggu untuk melakukan sesuatu yang dapat mebuang imej “takut” dan “gusar” nya bila berada dipentas.

NUBHAN – GAGAL

SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG SUMBANG

Maaf saja saya ANTI – KESUMBANGAN tahap seperti ini .. SUSAH DIPERBAIKI.

STACY – CEMERLANG

WOW – terlebih dahulu saya akan NAFIkan yang saya TIDAK bias, bila membuat ulasan terhadap persembahan Stacy ( sebab setakat ini sudah banyak msg saya terima bahawa saya bias buat ulasan bila ianya terhadap stacy ), sekarang mereka2 yang ckp saya bias dan kenegerian bila ulas persembahan STACY .. TOLONG pasang telinga baik baik dan dengar berulang kali teknik, cara, kawalan dan tempo Stacy walaupun dengan lagu SESUSAH ini … dan LIHAT DAN PANDANGlah gaya persembahan yang Stacy sajikan kepada anda .. BUANG dahulu hal “sensitif” spt asal-negeri-bangsa dan bla bla bla, buang semua itu dan JADILAH JUJUR dan AKUIlah bahawa Stacy jauh meninggalkan pelajar pelajar lain dengan persembahan seperti ini.. saya pasti walaupun artis2 yang sedia ada menyanyikan lagu ini ianya TIDAK dapat menyamai apa yang telah Stacy lakukan. Menari rancak seperti itu tanpa kehilangan fokus terhadap vokal dan temponya sangat pro utk persembahan seorang pelajar yang hanya mendapatkan lagu ini untuk tempo seminggu, dan dengan persembahan seperti itu ??? WOW !!! lagu yang berunsur etnik-RnB-pop rock ni memang sebuah lagu yang sangat mencabar … Syabas Stacy .. 4 minggu konsert – Sangat konsisten.

RIZ – KEPUJIAN

Berlalu 4 minggu Riz memang seorang penyanyi yang sangat bagus dari segi teknik dan kawalan vokalnya, malah tempo juga tidak pernah lari setakat ini walaupun menyanyikan lagu yang bukan jiwa nya. Tone Riz memang TIDAK sesuai dengan rock alternative seperti ini, Riz lebih sesuai dengan lagu lagu Balada, Maaf kata saya pengikut dan fanatik lagu lagu alternative seperti ini dan telinga saya boleh dengar dan rasakan sekiranya “bunyi” dan “lenggok” yang DIUSAHAKAN utk menjadi “jadi” alternative pada hal ianya TIDAK sama sekali. Namun Riz nampak mempunyai usaha dan tidak sambil lewa dalam persembahannya, ianya menampakkan kesungguhan, itu hal yang menjadi kekuatan Riz setakat ini, memandangkan lagu tugasan juga bukan pilihan mereka ianya satu percubaan yang sangat bagus. Walaupun nampak PALSU tapi ianya berbaloi dan memberangsangkan berbanding pelajar pelajar lelaki yang lain setakat ini.

PILIHAN GIDONG

  1. STACY – CEMERLANG
  2. RIZ – KEPUJIAN
  3. NADIAN – LULUS

YANG PATUT KELUAR

  1. NUBHAN
  2. TOI
  3. STANLY




Selasa, 15 April 2008

Lagu TUGASAN AF KONSERT 5

KEDUDUKAN RASMI KONSERT KE 4 ADALAH :

Alif - 16%
Stacy - 14%
Riz - 10%
Stanly - 10%
Nadia - 9%
Nubhan - 9%
Saida - 8%
Toi - 8%
Rina - 8%
Faisal - 7%



NADIA - Kalis Rindu - ELYANA
SAIDA - Bila Bunga Berguguran - OGY AHMAD DAUD
STACY - Makhluk Tuhan Paling Seksi - MULAN JAMEELA
RINA - Sorga Dan Neraka - HETTY KOES ENDANG
NUBHAN - Kembali Senyum - IZWAN PILUS
STANLEY - Umi - DATO SHAKE
ALIFF - Hai2 - ADAM
TOI - Beautiful Girl - SEAN KINGSTON
RIZ - Time is Running Out - MUSE

Lagu MUSE tu salah satu lagu FAV aku, harap2 RIZ boleh bawa gan baik .. kalau TIDAK .. NAHAS huaahahha

NOTA : Jaga jaga lagu pengkritik OGY ada dalam senarai huahaha


Isnin, 7 April 2008

ULASAN KONSERT AF ke 3

Ini lah pandangan yang dapat saya berikan untuk konsert AF minggu ketiga.


STACY – KEPUJIAN
Satu persembahan pembukaan yang sgt bagus, saya tidak berapa setuju dgn komen pengkritik yang hanya memuji Vokal stacy dan tidak pada persembahannya, bagi saya Stacy berjaya dalam kedua dua aspek iaitu Vokal dan gaya Persembahan, lagu spt peleset kota bukan senang tuk kita hidupkan karakternya tetapi Stacy berjaya mebawakan karakter tersebut dengan agak baik … 3 minggu – KONSISTEN …

FAISAL – GAGAL
Alamak, salah satu persembahan vokal PALING LEMAH dalam mana2 konsert AF sejak musim pertama, masuk saja sudah “pecah” .. pitch dan kawalan langsung tak ada , sangat teruk .. lupakan gaya persembahan .. jikalau dah sumbang dan tak reti melodi, keseluruhan persembahan akan cacat … Ketara sangat sumbangnya, KESALAHAN spt ini tdk dapat dimaafkan dalam konsert siaran langsung.

NADIA – KEPUJIAN
Seperti yg saya agak, Nadia menyanyi dgn lebih relax dan ianya berjaya, tdk memberatkan setiap hujung dari lirik2 yg ada, sgt bagus kedengaranya natural dan tidak dibuat2. Syabas .. Cuma ada part Stanly ter”sumbeng” … boleh dimaafkan kerna hanya jadi pembantu.

ALIF - KEPUJIAN
Saya suka persembahan Alif minggu ni, suara dan kawalan vokal yang sangat baik, pengisian pentas juga sangat menarik ditambah dengan permainan mimik muka yg kena sgt dengan lagunya walaupun kekadang terlebih sehingga kelihatan sedang meradang tetapi secara keseluruhannya sangat menghiburkan ….

LUFNYA - LULUS
Persembahan vokal yang agak baik dari lufnya tetapi nampak terpaksa dan terseksa membawakannya , Cuma saya rasa mengikut persembahan keseluruhannya Lufnya tidak patut tersingkir utk malam konsert ini. Sayangnya org undi mereka yg sumbang nyani lagi, penyakit lama penonton yang sukar dikikis. hehehe

NAIM – GAGAL
Salah masuk pertandingan, kan ada akademi lawak dah … naim dengan muka yang serius tetapi mengelikan hati, sora tak payah komen, memang bertaburan sana sini bagai kaca pecah kena tukul besi … persembahan yang gagal dari semua aspek.

STANLY – GAGAL
Minggu kedua yang menjadi DISASTER bagi Stanly … memang rosak kalau rock mcm ni, lagu mcm ni boleh rosak sebab dinyanyikan dengan teknik yang salah, kalau dah tahu tidak dapat membawakan konsep rock , pepandailah bawa dgn konsep yang sesuai dengan suara. Saya tdk setuju Ogy kata tidak menghampakan, bagi saya SANGAT MENGHAMPAKAN. Setuju dengan Adlin. Go go Adlin … haha

SAIDA – LULUS
Tone Saida sedap Cuma rasanya seperti malu malu dan mengerahkan semua kebolehan yang dimiliki, masih berada pada level yang nak tak nak … jadi saya yang menontonnya pun jadi malas.

NUBHAN – GAGAL
Minggu terburuk bai Nubhan setakat ini, tone langsung tak sesuai gan lagu rancak spt ini, saya rasa Tone nubhan hanya sesuai dgn lagu balada country. Nubhan antara yang paling lemah minggu ini … terseksa dan saya pun jadi terseksa. Lupa lirik satu hal …

RIZ – LULUS
Simple dan imej yang baik berbanding minggu2 sebelum, Syabas sebab dengan lagu rock pun kira baik dari segi vokalnya, Cuma sebutan melayunya terlalu di inggeriskan hahaha

TOI - LULUS
Alamak fesyen apa ni pakai cermin mata gelap waktu malam ? bukankah zaman mcm tu dah dipanggil “kolot” ? lantaklah korang, rock tak kena tempat . Vokal ok ja sebab tidak ada yang boleh “menarik” untuk saya menyukai persembahan ini.. Lemah semangat…

RINA - CEMERLANG
Wah nampak muda sudah mama kita ni yehaaa…. Persembahan WOW rockkk babyyyy, saya suka karakter yang rina bawakan dalam lagu ni, hidup dan sesuai dgn tona yg dimainkan dengan keserakan… saya menyukainya … go go go Rinaaa

TOP 3 MINGGU NI
RINA
NADIA
STACY

BOTTOM 3 MINGGU NI
FAISAL – Patut out ikut persembahan.
STANLY – Patut out ikut persembahan.
NAIM

Kedudukan rasmi pelajar bila undian ditutup malam tadi:

* Stacy 14%
* Alif 10%
* Stanly 10%
* Rina 10%
* Nadia 9%
* Riz 9%
* Nubhan 8%
* Saida 7%
* Faisal 6%
* Toi 6%
* Naim 6%
* Lufya 5%

YANG KUAR
LUFNYA – Tidak patut kuar minggu ni
NAIM

Faizal dan Stanly yang patut out ikut persembahan.

Selasa, 1 April 2008

Lagu Lagu tugasan AF untuk konsert minggu ke 3

MINGGU ROCK .. kita tunggu dan lihat sepa rock dan sepa tak rock huahaha


Summer of 69 (Bryan Adams) - NUBHAN
Keunggulan Cinta ( BPR) - RIZ
Sentuhan Kecundang ( Ekamatra) - FAISAL
Patahnya Sayap Malam ( Massa ) - STANLEY
Kamelia ( Sweet Charity ) - ALIFF
Opera Hidup ( Wings ) - NAIM
C.I.N.T.A. ( XPDC ) - TOI

Total Eclipse of The Heart (Bonnie Tyler) - NADIA
Enter Sandman ( Metallica ) - RINA
Tika Dan Saat Ini ( Medicine) - LUFYA
Sepi Sekuntum Mawar Merah ( Ella) - SAIDA
Pelesit Kota ( Search ) - STACY

KEPUTUSAN RASMI KONSERT MINGGU ke 2

Kedudukan pelajar sebelum Konsert Kedua

NAMA %
Stanly 10
Alif 10
Stacy 10
Nadia 9
Saida 7
Lufya 7
Toi 7
Nubhan 7
Ika 7
Naim 7
Rina 7
Riz 7
Faisal 6

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup

NAMA %
Stacy 13
Stanly 11
Nadia 8
Saida 8
Alif 8
Nubhan 8
Riz 8
Faisal 7
Rina 7
Toi 6
Naim 6
Lufya 5
Ika 5


Ahad, 30 Mac 2008

ULASAN KONSERT AF minggu kedua ..

Saya tengah kelam kabut nak g jejalan ni... sebahagian saja dulu dan seperti musim2 lalu saya akan bagi SCORE spt penilaian peperiksaan d sekolah dgn score GAGAL - LULUS - KEPUJIAN dan CEMERLANG.

LUFYA - LULUS
Part pertama pitchy tetapi berjaya kembali pada part chorus, berjaya melenggokkan alunan dangdut dengan baik, satu persembahan yg agak baik berbanding minggu lepas, cuma mungkin ada part yg agak keterlaluan pada goyangan pinggul yg "terlebih" ( huahaha ) sedikit ...

- Drama bodo antara AC dan Adlin adalah sangat tidak perlu dan nampak tdk "berpendidikan" ... buang masa.

TOI - LULUS
Serius vokal Toi malam ini sangat bersesuaian dengan konsep lagu yang dibawakan, kawalan vokal juga agak baik, cuma gaya persembahannya langsung tak ada peningkatan ...Neway teruskan perbaiki kelemahan ini ... saya tdk suka lihat gaya persembahan yg COPnya kita boleh letak sebgai KAMPUNGAN ...

STANLY - GAGAL
Astaga, apa dah jadi dengan stanly ni, malam ini sangat sumbang, tidak sesuai dengan lagu yang dibawakan, saya sendiri langsung tdk suka dengan persembahan ini, sangat berterabur dan tidak tentu arah, dari semua segi aspek persembahan, vokal dan penghayatan, semuanya gagal, salah satu persembahan yang paling lemah untuk minggu ini.

RINA - KEPUJIAN
Dengan faktor usia yang telah lanjut, Rina berjaya membawakan lagu moden seperti dengan dengan sangat baik, ianya sedikit mengejutkan bila Rina berjaya membawakan lagu ini dengan cara sendiri dan tidak me"lenggok"kan lagu ini dengan gaya lama. Ada ketika teringat cara dan gaya persembahan Ruth Suhanaya pada beberapa part yang Rina tonjolkan dalam persembahannya.

ALIFF - LULUS
Baju alamak ... lari sepuluh KM dari konsep lagu yang dibawakan, bagaimana pun Aliff berjaya menunjukkan peningkatan dari segi vokal dan gaya persembahan berbanding minggu pertama. walaupun masih banyak kelemahan dari segi kawalan vokal tetapi peningkatan yang ditunjukkan agak baik. dan Sekali lagi Adlin MELILAU dengan komen yang hampehsss

IKA - GAGAL
Berbanding minggu lepas ada sedikit peningkatan, tetapi marginnya hanya dalam 0.005 peratus hehe, masih ketara sumbang dan lari tempo, pernafasan nda perlu lah nak komen sebab memang jauh dah nak putus nafas. Ada lagi sesetengah part tu sebutan terputus putus dan part note tinggi pada akhir lagu sangat sumbang ... bye bye bye IKA ...

NAIM - LULUS
VT duyung jadian sgt tidaklah lawak dan memalukan. K gaya persembahan dan karektor Naim sgt sesuai dengan lagu seperti ini, ada unsur komedi, berbanding minggu lepas Naim berjaya memberikan nyawa dalam persembahannya minggu ini, ada peningkatan.. Oleh kerana lagu ini lagu yg tidak memerlukan kekuatan vokal ( tdk mencabar vokal ) maka secara secara keseluruhannya Naim berjaya dalam persembahannya malam ini... tapi napa ada part spt "mic" tidak berfungsi ?

FAISAL - KEPUJIAN
Tone rock c Faisal sangat sesuai dengan lagu yang dibawakan, syabas kerana berjaya melakukannya minggu ini setelah dikritik teruk pada minggu lepas. Cuma baju lapis tu langsung tak rock ... nampaknya sekali lagi AF di sajikan dengan fesyen2 yang teruk dan tidak bersesuaian dgn konsep persembahan, ini sedikit sebanyak menganggu "pandangan" penonton yang mahukan "kesempurnaan" dlm mana2 persembahan yang disajikan termasuk kostum pelajar. Dan rasanya gaya melompat dari pentas sudah lapuk dan tidak perlu dilakukan oleh Faisal.

SAIDA - LULUS
Permulaan yang agak lemah tetapi berjaya kembali pada part chorusnya, satu masalah Saida adalah mimik mukanya yang senantiasa tertekan walaupun dengan lagu serancak ini, Saida perlu membuang "tekanan" yg dia hadapi agar dia dapat fokus pada persembahannya dgn lebih baik. Org tak nak tengo penyanyi yg menyanyikan lagu catchy dengan "riak" muka tertekan, nanti penonton juga tertekan .. Ada potensi tetapi ??? hmmmm

STACY - CEMERLANG
Vokal dan Tone yang lantang adalah kelebihan Stacy, sekali lagi dia membuktikan bahawa dia adalah penyanyi yang sgt bagus setelah dua minggu berturutan membuat persembahan yang seimbang malah minggu ini semakin baik dari segi penghayatan lagu.

RIZ - LULUS
Pakaian ??? ASTAGA !!!! langsung bukan baju utk seorang penyanyi dalam apa jua konsep lagu, ianya lebih sesuai bagi pemain sarkas yang menimang bola bola hahaha, dan o TIDAKKK jangan ada Anuar Zain yang kedua ... saya malas ni kalau ada main klon klon penyanyi yg dah ada dalam industri musik tanah air. Ini kelemahan yg perlu Riz perbaiki, dia boleh menyanyi tetapi dia akan terus dibayangi oleh Anuar Zain kalau dia masih membuat lenggok dan adlib malah tone yg sama dengan Anuar Zain. Neway vokal menten.

NUBHAN - KEPUJIAN
O wow ... tone nya sangat bersesuain dengan lagu yg dibawakan, saya rasa Nubhan sangat sesuai membawakan lagu lagu balada seperti ini ( slow alternative ) saya sukakan persembahan ini walaupun mengalami masalah pernafasan tetapi saya rasa ianya boleh diperbaiki lagi, kawalan vokal dan permainan lenggok sudah agak baik ...

NADIA - LULUS
Saya lebih suka persembahan nadia pada minggu pertama, kadang2 nadia terlalu "over" menambahkan style "ganas" pada sebutan dihampir setiap ayat terakhir dari baris2 lagu yang dia nyanyikan, ini sedikit menjengkelkan pendengaran saya .. semakin lama ianya kelihatan seperti dibuat-buat dan tidak natural ... Hal ni perlu nadia atasi agar dia boleh menyanyikan sesebuah lagu dgn lebih relax dan tdk terlalu "memberatkan" hujung2 liriknya. over kompiden ? Mungkin juga ....

TOP 3 berdasarkan PERSEMBAHAN
STACY
NUBHAN
RINA

BOTTOM 3 berdasarkan PERSEMBAHAN
IKA
STANLY
ALIF

Selasa, 25 Mac 2008

Lagu TUGASAN AF minggu kedua.

Lagu lagu tugasan para pelajar AF untuk minggu ini adalah seperti berikut



Ika : Malu Tapi Mahu - Dina Malaysian Idol
Lufya : Cintaku 100% - Mas Idayu
Nadia : Umbrella - Rihanna
Rina : Ku Seru - Misha Omar
Saida : Doktor Cinta - Dewi Dewi
Stacy : Rela - Tila
Alif : Angan Dan Sedar - Mawi
Faisal : Ranggi Metropolis - Awie
Naim : Aspalela - Saiful Apek
Nubhan : Tak Bisa Memilihmu - Sixth Sense
Riz : Separuh Masa - DeLima
Stanly : Sudah Tu Sudah - Imran Ajmain
Toi : Sang Pencinta - M.Nasir


Isnin, 24 Mac 2008

MP3 dan KEPUTUSAN RASMI peratusan KONSERT AF6 pertama

Ini lah Peratusan Rasmi konsert af6 pertama pilihan penonton. Dan korang downloadlah 3 mp3 pilihan saya masa konsert pertama, mp3 yang sumbang tu tdk payah uploadlah, rugi ja, kecuali ada yg mahu, bagi tau ja.



download - NO ONE - STACY
download - KETULUSAN HATI - RIZ
download - RINDU - NADIA

Carta Undian Selepas Konsert

1. Stanly - 12%
2. Stacy - 12%
3. Nadia - 10%
4. Saida - 9%
5. Riz - 8%
6. Faisal - 7%
7. Naim - 7%
8. Rina - 7%
9. Alif - 6%
10. Toi - 6%
11. Nubhan - 6%
12. Ika - 4%
13. Lufya - 3%
14. Yana - 3%



Sabtu, 22 Mac 2008

ULASAN SECARA LANGSUNG KONSERT AF 6 yang PERTAMA

Aku terus mula kan dengan persembahan.

RINA
Alamak, ingatkan kalau ambil pelajar dari kalangan org “lama” mestilah kualiti soranya seperti yg diharapkan, tapi hmmm mcm tak ada semangat aku tengo persembahan ni, Tina Tuner pun jauh lebih tua tapi lagu sebegini perlu “tenaga dalaman” utk menjadikan lagu yang segar dgn konsep lagu yg rock dan rancak … just ok ( sebab dah tua kot ) .. memang tak der tenaga … aku tak bersemangat langsung … so sorii makcik Rina. Satu pembukaan yang hampehsss buruk … then anak d bawa ke pentas ( dejavu dgn situasi MAS ) o nooooo tidak sekali lagi … Tolonglah pengundi jangan undi sebab ada famili naik pentas … Ac Mizal kata kejutan pertama ??? Langsung tak terkejut pun …. Erkkks

ALIF
Dah kena dengan lagu paling “buruk” sebagai “single” … ntah napa lagu ni masuk list, irama hampehs pernah aku dengar … arghhhh makin tensen lepas makcik tadi … Vokal ok lah walaupun pitchy sket sket.. muka lagsung tak ada rasa, menyampaikan lagu setakat pada suara, dari hati ? jauh sekali … dan ya saya salahkan lagu hampehss ni … lagu langsung tak mencabar … ntah pe pe ntah lah … sian tak der anak lagi or famili dtg pentas utk naikkan undi …

LUFYA
Satu lagi lagu dlm aliran lagu yg Alif bawakan tadi .. melodi hampehss, “org” kira rancak tapi FAKTAnya lagu ni melemahkan semangat pendengar dan buat org menguap, tone ? erkkk, kawalan vokal ? erkkss sumbang plak tu … ntahhhhhh ntahhhhh aku tak tau lah perserta2 af tahun ni … banyak echo buatan sendiri tapi alahai teknikal dan penghayatan lansung tak der pun , senyum dari awal sampai akhir … tapi senikatanya hmmm bkn nya nak suruh senyum dari awal ke akhir … pe pe lah …

NAIM
Lagu rock jadi lagu lenggang lenggok … suara tak sampai mana, adehhh setakat kaki diletakkan kat atas speaker tu ntah lah … aku tak tau lahhhh, aku makin migrain weiii , ni 1st time aku buat ulasan secara langsung ni , tak bersemangat aku … nampaknya Makcik tadi tu yg nyanyi pertama jauh lebih baik … burukkkkk sgt wei kualiti persembahannya .. so sori Naim …

IKA
Patutlah takut lagu UMBRELLA , lagu sesempoi mcm ni pun masih boleh sumbanggg … apa dah jadii af ni ?????????? tone sedap tapi kawalan vokal dan permainan lenggok hampehss … mcm baru belajar nyanyi 4 bulan … langsung tak bergerak 2 langkah pun dari posisi asal … ni ker yg di panggil persembahan HIBURAN ? langsung tak menghiburkan, menyeksakan … burukkkk oi burukkk

TOI
Astaga ni lah calon ARTIS2 masa hadapan dari beribu-ribu orang yang datang audition ? tolong sket lah astro … adehhh takat nyanyi terkinja2 atas pentas tanpa “rasa” dan ada “rasa” dari segi syok sendiri, BUT at least dia ada menampakkan semangat, selamba dan lebih baik dari peserta2 lain tadi tu yg hampehsss … adehhh come on lah af , ni konsert lah weiii OGY cakap persembahan “jujur” ??? ntah dari mana dia boleh lihat KEJUJURAN dari persembahan tadi tu , saya rasa semua peserta semuanya JUJUR dlm persembahn mereka yg buruk malam ni … sori ja lah …

NADIA

Yes persembahan mcm ni yg saya tunggu2 lah bebs … ada identiti sendiri, tidak terpengaruh gan cara penyanyi asal .. go go go Nadia, saya sokong ko …. Bukan setakat cantik tapi lenggok vokal pun ada dinamik, semangat aku dah kembali sket .. Thanks Nadia … lov u … go go Nadia … … jangan peduli sgt komen merapu ogy yg dia sendiri kekadang blur tu …. Persembahan ko penyelamat konsert hampehs ni … Amin.

RIZ
Tak sangka Riz leh nyanyi sebaik ni, saya abaikan dulu perangai buruknya tu, tu hak org kalau nak undi berdasarkan FAKTOR lain, BUT secara JUJURNYA, FAKTA dari yg saya lihat dan dengar dari persembahn Riz adalah satu persembahan yang boleh dikatakan sangat bagus, Tone kena dengan lagu, adlib, kawalan vokal dan penghayatan sangat bagus … Go go Riz, ubah perangai sket, ni AF BUKAN MI / OIAM .

YANA
Mcm mana nak ulas yg satu ni ah ??? aku blurr … mcm ok tak ok … persembahan kembali lemah, tapi vokal dia ada “berat” nya yg sedap didengar … dari segi persembahn = HAMPEHS , dari segi vokal = OK …. Minggu depan kena disama ratakan .. penghayatan = ntah lah , mcm tak der rasa pun ….

NUBHAN
Satu kelebihannya adalah TONE nya yang “ganjil” alias “unik”, saya rasa kalau dia leh manipulasi kelebihan ni, dia leh pergi jauh … Cuma mcm dia tak selesa gan lagu ruang rindu ni … penghayatan memang masalah … tak der garam dan ajinomoto weiii .. neway bagus gak gaya nyanyiannya dan tone nya tak der kat malaysia lagi dlm industri … I like it Nubhan … perbaiki kelemahan … Go go go nubhan …

STACY
Ok c PUTET punya giliran… WOW o ma gad … Stacy lovvvv u …. Memang nda rugi ko jadi wakil tunggal Sabah tahun ni, Tone, kawalan dan persembahan HIDUP … aku suka gilerrrr … Persembahan ko memang “lebih” dari peserta peserta lain tu … tak payahlah gimik2 yg ntah pepe tah lepas ni … Ko cukup berbakat … Gaya persembahan yang ada kualiti dan penuh keyakinan .. ingat senang nak bawa lagu Alicia Keys .. come on lah ….. syabasss PUTET …

FAISAL
Astaga buruk weiii … aku langsung tak teruja …. Tempo weiii tempo, penyanyi TAK BOLEH LARI TEMPO bebssss …. Lepas tu lari MELODI … apa ni ????? malas lah aku nak komen weiii … sumbang tak yah lah nak cakap … korang dengar balik sendirilah nanti ….

SAIDA
Tone sedap TAPIIIII banyak sumbang sana sini …. Jauh sekalilah gan siti … sori lah yerr Saida .. tapi saya suka penghayatannya … ada “rasa” dan nampak “terseksa” menceritakan bait2 lagu yang dinyanyikan … Cuma sekali lagi , penyanyi tak leh banyak sgt sumbang … aku pantang nak suka penyanyi yg hanya leh nyanyi dlm Studio … tapi atas pentas secara live sumbang dan lari tempo … Neway satu persembahan yg agak baik .. ok lah ..

STANLY

Lagu paling susah utk d lagukan dgn KONSEP lagu yg memerlukan “super” penghayatan, kerna dgn lagu ni org akan “demand” sesuatu yg bisa menyentuh hati dan perasaan mereka, Stanley berjaya membawa “rasa” tersebut, walaupun sumbang dan pitchy tapi syabas kerna lagu ni adalah salah satu lagu yg sgt susah dibawakan tanpa dengan adanya cara SOPRANO apalagi kalau lagu ni dibawakan oleh yang biasa nyanyi lagu pop … go go stanly … l like it … ada rasa dan penghayatan, sora besar dan teruskan ….

TOP 5 PILIHAN GIDONG minggu ni :

1. STACY
2. STANLY
3. RIZ
4. NADIA
5. ???? tiada yang layakkkk

PELAJAR BOTTOM 3 :

1. IKA - patut outttttttt
2. LUFYA - leh bagi peluang lagi
3. YANA - BERDASARKAN PERSEMBAHAN dia langsung tak ada dlm BOTTOM 3

HAMPEHSSS