Rabu, 26 Mac 2008

Agong dipanggil binatang?

Saya sedikit terkejut bila melihat sedutan di NTV7 dan TV3 dengan gambar2 dibawah ini, sejak bila Agong kita di panggil binatang ( natang ) lihat dalam gambar ... BUKAN KAH DALAM RUKUN NEGERA KITA YANG KEDUA berbunyi KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA sekali lagi saya ulangi KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Tapi bila kita perhatikan betul2, mereka yang membuat perhimpunan spt ini adalah mereka2 yang mengaku dari golongan "kerajaan", mereka yang mengakui "bukan" pembangkang, tapi kenapa menentang Agong sendiri ?

Dimana sudah perginya iklan yang berisikan "INI BUKAN CARA KITA" sambil menunjukkan himpunan yang dipanggil sebagai "protest" jalanan .... Kenapa bila ini kearah pro-pemerintah, seolah-olah ianya berisikan "INILAH CARA KITA" ..... fikir2kanlah sendiri, mungkin sebab2 ini juga akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap pimpinan kerajaan yang ada sekarang ... bukan kemajuan yang disajikan kepada rakyat jelata TETAPI "ketamakan" untuk memegang tanduk kuasa ... dimana sudah motto mereka2 ini yang berbunyi "KESEJAHTERAAN NEGARA" lebih penting dari pangkat dan nama ...... aku benggong .... DAULAT TUANKU ...

Rasanya "KITA" perlu lebih memahami konsep Rukun negara yang juga menjadi PRINSIP NEGARA Malaysia dan BUKAN SEKADAR MENGHAFALNYA tetapi MENGHAYATI DAN JUGA MENGAMALKANNYA sebagai PANDUAN ....

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
* memelihara satu cara hidup demokratik ;
* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

TRANSLATION :

WHEREAS OUR COUNTRY MALAYSIA nurtures the ambitions of:

* achieving a more perfect unity amongst the whole of her society;
* preserving a democratic way of life;
* creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair and equitable manner;
* guaranteeing a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions; and
* building a progressive society that will make use of science and modern technology.

NOW THEREFORE WE, the people of Malaysia, pledge to concentrate the whole of our energy and efforts to achieve these ambitions based on the following principles:

* BELIEF IN GOD
* LOYALTY TO KING AND COUNTRY
* THE SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
* THE RULE OF LAW
* COURTESY AND MORALITY

PS : O ya korang masih ingat lagi tak Remaja Namwawee yang nyanyi Lagu Negara dgn Rap hip hop dulu ( walaupun maksudnya kerna dia pencinta negara ) sampai nak dia di BUANG NEGARA ? hal mem"binatang"kan Raja dan Sultan sendiri jauh lebih DAHSYAT kesalahannya dari sekadar meng"hip hop"kan lagu negara ... Pikir2kan lah ...

INI BUKAN CARA KITA ... PEACE n GOD BLESS MALAYSIA ....



2 ulasan:

  1. saya sokong ko janiel.. Malaysia kita sekarang menjadi sebuah negara yang aman+makmur walaupun penduduknya berbilang kaum kerana belajar dari kesilapan lalu untuk tidak menyentuh 3 perkara paling merbahaya ini iaitu : agama+budaya+kaum = sentimen

    kita masyarakat bertamadun. saya paling benci benda-benda seperti ini berlaku.. paling saya hot masa segelintir orang 'gasar' membakar bendera negara kesayangan kita MALAYSIA.. dorang tu tiada p sikul ka?? ni mesti kes subjek sejarah F9 ni..isk teingat pula keyboard punya F9 har4!!

    BalasPadam
  2. Tu lah pasal ... masa org lain heboh nak hak dorang, pihak ni cakap mereka penderhaka Negara, tapi bila org dorang yang buat, dibolehkan saja kunun ... dasar bla bla bla memang macam tu lah ...

    BalasPadam