Rabu, 26 Mac 2008

American Idol top 10 ...

Seperti biasa saya membuat pilihan top 3 yang saya rasa menampilkan persembahan yang menghiburkan, menarik dan sedap didengar dalam konsert mingguan American Idol peringkat Top 10 ... Setelah dua minggu berturutan dengan tema lagu2 lama The Beatles, minggu ini kembali pula dengan tema lagu2 terkini/moden - 90an. Pilihan saya utk minggu ini adalah seperti berikut :

1. DAVID COOK - BILLIE JEAN

Saya tdk pernah bayangkan lagu catchy micheal jackson menjadi sebuah lagu yang sangat "indah" bila dinyanyikan dalam konsep lagu balada.. David Cook akhirnya mendapat ranking dalam pilihan saya kerna dia menjadikan lagu ini berlainan dan menjadikannya bukan "billie jean" micheal jackson ... Besttt pula versi balada lagu ni ... syabas cooooooook Minggu ini milik anda …. Anda lah yang terbaik minggu ini.

2. MICHAEL JOHNS - WE WILL ROCK - WE ARE THE CHAMPIONS


Akhirnya berjaya memilih lagu yang sesuai dengan tone suara, satu idea yang sgt baik utk menarik dua "lingkungan" pendengar dengan menggabungkan 2 lagu - pertama lagu rock We Will Rock You dan kedua lagu rock ballad We Are The Champions ... Bertenaga dan segar ... da bestttt seri gan David Cook untuk minggu ini. Saya sukaaaa bah.

3. SERI - BROOKE WHITE dan CARLY SMITHSON
Kedua dua masuk dalam list ketiga saya kerna membuatkan lagu "orang lain" menjadi lagu sendiri, lenggok sendiri dengan keunikan vokal dan tone masing2, kedua-duanya yang TIDAK menjadi pilihan kerna populariti seperti kebanyakan peserta lain, kedua-duanya MASIH bertahan HANYA KERNA mereka menonjolkan seni musik dan bakat semata-mata ... Brooke yg masuk awal sebelum musiknya dengan selamba meneruskan cara nyanyian tanpa dipengaruhi oleh permulaannya tadi, sgt menakjubkan bila menyanyi dgn “perasaan” spt yang brooke miliki, dia mampu engenepikan semua masalah lain kerna “jiwa”nya ada pada lagu yang dia bawakan, ini lah kelebihan yang brooke miliki, berbanding kepada Carly yang terpaksa manipulasikan kekuatan vokal nyaringnya kerna aset itu sahaja yang dia miliki setelah dia lebih banyak d kritik kerana pernah memiliki album d masa mudanya, bahkan penampilan baju lengan pendeknya yang menonjolkan tattoo nya juga banyak di”adili” sedangkan ini bidang nyanyian dan BAKAT lebih penting. Saya tidak heran sekiranya kedua-duanya akan berada pada bottom 3 pada minggu ini kerna nampaknya pilihan America lebih kepada populariti peserta ... percaya atau tidak, KRISTY sudah PASTI akan selamat lagi minggu ini kerana dia melakukan yang terbaik minggu ini apa lagi dengan lagu patrioktik GOD BLESS USA .. ini dikuatkan lagi dengan peserta lain yang membuat nyanyian hampehss dan mengecewakan seperti Ramiele dan David A .... selamat kerana RUPA tetapi gagal dalam persembahan ... itulah REALITI program REALITI ..... lemauuuuuu




Tiada ulasan:

Catat Ulasan