Rabu, 5 Mac 2008

PILIHAN DI TANGAN ANDA - JADI LAH BIJAK ..

Selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat MALAYSIA pada masa pilihanraya sabtu ini, pilihan di tangan anda untuk tentukan wakil sebagai "SUARA" anda utk menyuarakan masalah2 or pandangan2 yg perlu anda sampaikan kepada pihak atasan Pemerintah ... Lihat sekeliling anda, apa yang berlaku, permasalahan yg belum di perbaiki dan lihat kepada calon pilihan anda, samaada kamu memilih "SUARA" anda berdasarkan "PARTI" , berdasarkan "CALON" atau aspek lainnya, pilihan tetap di tangan anda, sama ada "SUARA" anda melakukan tugasnya sebagai "MICrofon" selama ini atau pun sekadar menjadi "MUTE BUTTON" , sama ada "SUARA" anda selama ini telah ZIP mulutnya atau pun setkan VOLUMEnya pada tahap max, pilihan TETAP di tangan anda, TETAPI sebagaimana kita menjalani kehidupan yang di pengaruhi oleh pilihan, maka berfikirlah sedalamnya semasa memilih "SUARA" anda... kerana itu juga akan memberi kesan dlm "persekitaran" yg bakal anda terima ... selamat mengundi .... utk SEKETIKA ANDA MEMPUNYAI KUASA ATAS "SUARA" ANDA .. jadi lah bijak ...

SIAPA PILIHAN ANDA


AKHIRNYA, siapa pun yang akan anda sokong, siapa pun yang akan menerajui Kerajaan 9 mac ini, mungkin ideologi politik kita berbeda, pandangan kita berbeda TETAPI kita tetap satu RUMPUN di Bawah BENDERA MALAYSIA ...






3 ulasan:

  1. Saya cukup benci sekali melihat propaganda yang memperalat and mengunakan media untuk kepentingan parti. Sejak Parlimen dibubarkan tak pernah saya membaca mana-mana surat khabar yang berat semua (bukan saje sebelah). Mana letaknya demokrasi yang di luang luangkan. Sudah banyak tahun saya mengikuti PR malaysia and perkembangan semasa, inilah masanya kita rakyat Malaysia menunjukkan kuasa yang ada pada tangan kita. Memberi pengajaran yang tak akan dilupakan. Saya berharap sejarah akan tercipta pada malam Mar 8. KeADILan,saksama, ketulusan and keikhlasan, itulah yang ditagihi rakyat, bukannya mimpi enak, janji janji penuh kosong atau kata kata putar belit yang luangkan. Gunakanlah pena and kuasa ditangan mu untuk perubahan demi kebaikan buat generasi akan datang…..fikir fikirkan, anak and cucu mu menghayati dan memegahi keberanian yang kamu lakukan. Mereka akan berterima kasih kepada mu….ibubapa, datuk nenek dan moyangnya.

    BalasPadam
  2. Calon BN tempat aku tampal poster kata kalau undi BN rakyat akan dapat kemajuan dan pembangunan. Aku nak tanya soalan pada dia dan calon-calon BN lain yang pernah bertanding dulu, mahupun yang bertanding sekarang.

    Kalau BN ikhlaslah nak perjuangkan kemajuan dan pembangunan kenapa dah 50 tahun Malaysia merdeka kenapa aku masih dapat lihat ada rakyat yang makan siput babi? Kenapa masih ada rakyat yang guna air paya atau air sungai untuk masak dan mandi? Kenapa masih ada rakyat yang hidup dalam rumah yang lebih teruk rupanya dari kandang kambing? Kenapa masih ada rakyat yang bergelap, sampai hitam lubang hidung mereka , dek asap pelita kerana tak disediakan bekalan elektrik? Kenapa? Aku tahu semua nipun dari rancangan Bersama mu di TV3, bukannya propoganda dari TV PAS ke atau TV Keadilan.

    Rasanya kat KL pun kalau kita celik mata sikit, rumah setinggan yang keadaannya serba daifpun masih melambak. Takkanlah BN yang dah laaamaaaaaaa memerintah masih tak boleh atasi masalah ini? Negara kita bukan Burma, bukan Myanmar (mcm kenal je dialog ni…) bukan juga Somalia.

    Apa kata kita gempur tempat-tempat kempen/ceramah calon-calon BN ni dan kita tanya mereka soalan ini. Mesti glabah giler punya …

    This comming G.E let us unite and VOTE FOR CHANGE! Enough is enough, lets rid the country of arrogant representatives. Its an obligation.

    BalasPadam
  3. Ingin saya nyatakan disini, ini BUKAN tempat berkempen, jalankan saja HAK anda mengikut PILIHAN anda .. UNDI ANDA biarlah RAHSIA ...

    Terima Kasih atas kerjasama anda.

    BalasPadam