Isnin, 14 April 2008

Konsert AF minggu 4 - Konsert datang bulan ( ni kwn sa ckp )

Setakat ni, inilah konsert PALING MEMBOSANKAN dari mana mana konsert antara semua musim sejak musim pertama, KENAPA ? sebab 80% pelajarnya menyanyi sumbang dan lagu lagu yang dibawakan juga semuanya lagu lagu yang "hilang" arah, "hilang" semangat.. meloyakan dan langsung TIDAK SESUAI untuk mana mana pertandingan seni suara ... akibatnya AF tahun ini semakin merosot, saya rasa bukan saja penonton akan mulai bosan tetapi mereka juag akan mulai melihat program AF hanya sebagai "hiburan" semata mata, jauh sekali sebagai PENCARIAN BAKAT yang benar2 boleh mengetengahkan "waris" penyanyi2 "terbaik" tanah air satu hari nanti ... maaf kata OIAM, GANGSTAR, MENTOR dan RTM jauh lebih baik kualitinya dari segi MUTU suara dan persembahan termasuk pemilihan lagu BERDASARKAN konsert minggu ke 4.


FAISAL - GAGAL
Tarian kaku utk lagu joget spt ini, saya rasa lagu ini adalah lagu paling selamat utk faisal meneruskan pengajiannya dlm AF tetapi ianya gagal menyelamatkan Faisal dari tersingkir gara gara mutu Vokal dan persembahannya yang sangat lemah, sumbang walaupun tdk banyak perubahan key lagu dlm joget ini, langsung tdk ada dinamik. Secara keseluruhannya SANGAT SANGAT MEMBOSANKAN ... langsung tidak menghiburkan, iklan TV lebih menghiburkan dari persembahan spt ini ... maaf ja lah ..

TOI - GAGAL
Satu lagi persembahan yang meloyakan tekak dan mendatangkan migrain, tempo alahai !!, lagu rock tapi dinyanyikan tanpa unsur2 rock ?? GAGAL sama sekali utk lagu sebegini, lagu spt ini memerlukan kekuatan "persembahan" kerana lagu ini adalah lagu yg hidup tanpa melibatkan "kejiwangan" didalamnya .. ni tidak, Toi cuba plak menjiwang2kan lagu ni .. adehhh HAMPEHSSS piiirahhhhhh

ALIF - GAGAL
Lagu ni sedap kalau versi Studio peterpan, sebab bagi saya lagu ni langsung TIDAK SESUAI utk persembahan yg mempersaingkan seni suara .. langsung TIDAK SESUAI .. lagu ni hanya punya satu key yang mendatar dan terus mendatar ... membuatkan persembahan Alif juga mendatar dan tidak bersemangat ... aduhaiiii

SAIDA - GAGAL
Akhirnya TERBUKTI Saida memang LEMAH dan GAGAL membuat persembahan yang dingini oleh penonton, sudah 3 minggu saya memberi ruang utk saida tetapi kali ini pun masih SANGAT menghampakan .. gagal memberi impak dan langsung tidak bermaya, masih lagi mengekalkan muka hampa nak nanges dalam lagu etnik seperti ini .. saya semakin terseksa melihat persembahan seperti ini ... Malah kehadiran Noraniza Idris langsung tidak membawa apa apa makna ( tak der maknenyer ) dlm membantu persembahan Saida .. HAMPEHSSS

STANLY - GAGAL
Semakin lama semakin TERUK persembahan Stanly, sepatutnya Stanly beruntung mendapat lagu ini yang dapat menonjolkan kualiti VOKAL dengan sepenuhnya TETAPI sebaliknya lagu ini menonjolkan kelemahan Stanly dari segi pernafasan dan kawalan pitch malah tempo juga bermasalah .. dan pada nada nada tinggi lagu ini, suaranya pecah pecah dan pecah ... berbanding lagu2 pelajar lain yg memang hampa, Stanly juga telah menghampakan penonton dengan pembawaanya yang teruk untuk lagu ini ... Hancurrr

RINA - LULUS
Minggu Rina "kehilangan" semamgat, tetapi apa yg saya suka pada persembahan Rina minggu ni adalah, Rina menonjolkan "sisi" nyaring suaranya yang sedap didengar, tanpa adlib dan lenggok2 susah Rina berjaya membawakan lagu ni dengan sangat baik dari segi kawalan vokal ... jelas dan teknik yang sangat bagus .. Cuma gaya persembahannya juga membosankan dan zzzzzzzz
NADIA - KEPUJIAN
Yay !! Dengan lagu lentok longlai spt ini NADIA masih berjaya mempamerkan kekuatan dan dinamik Vokal dengan jelas .. Satu persembahan yang baik, saya rasa OGY tdk berapa kenal dengan cara nyanyian "segar" dan "pembawaan baru" utk lagu lagu lama seperti ini ... saya lebih suka seseorang penyanyi menyanyikan lagu2 lama TETAPI dengan cara yang baru tanpa mengikut "alunan" dan "lenggok" lama lagu tersebut TANPA menghilangkan irama lagu tersebut.

NUBHAN - GAGAL
Lagu hampa yang memang dihampakan oleh Nubhan, tone suara Nubhan langsung tidak sesuai dengan lagu ini, sgt "ganjil" kedengarannya sebab ianya TIDAK MUNGKIN serasi dgn tone Nubhan. Sangat hampa dan menghampakan ... HAMPAAAAAA GASSSS !

RIZ - GAGAL
Timing RAP bertaburan sana sini ..memang bukan rap tetapi seolah-olah seseorang yang sedang bercakap pada tahap kelajuan yang sedang mengejar masa ... apa yg dikejar saya pun tdk tau .... Sesak nafas saya mendengarnya ... Suara juga kadang2 ada kadang2 hilang mcm coklat ... antara RAP paling teruk pernah disajikan di Malaysia .. ZZZZZ NOTA : bagilah Riz nyanyi lagu apa bentuk JANGAN LAGU RAP ! dia nyanyi OK TANPA RAP ..

STACY - LULUS
WTF ketiga tiga pengkritik mengkritik TERUK persembahan dan vokal Stacy berbanding pelajar2 lain yg memang sumbang ke langit ke 10000 .... ok sekarang saya keliru apa itu seni suara ????? Lagu ni antara lagu yang paling susah pernah wujud, kenapa ? sebab ianya banyak menggunakan key2 yang berlainan, rangkap pertama saja sudah meletak "bridge" sebelum masuk ke chorusnya ... malah tempo lagu juga berlainan untuk part pertama dan kedua .. GERENTI kalau pelajar lain yg bawa MEMANG ke LAUT CINA UTARA ... Stacy SYABASSS

PILIHAN GIDONG
NADIA
STACY
RINA

YANG PATUT KELUAR
FAISAL
STANLY
NUBHAN
TOI



7 ulasan:

  1. GIdong, Ya bah....sia rasa Stacy did well and teda sumbang pun....tapi taktaulah napa tu pengkritik tu...yg si Riz hancus rap pulak dipuji....aduiiiii.....matailah camni.

    BalasPadam
  2. ya ba kin panas smua tu pengkritik!! ada saja yg inda kena kunun sma c stacy..cisss!!!

    BalasPadam
  3. Memang ... sa pun perasan juga tapi harap2 kritikan tu boleh membuatkan Stacy lebih gigih dan membuat persembahan yang terbaik nanti ..

    BalasPadam
  4. Relax... Gidong.... lagu baru ... si pengkritik tak biasa..... heheheheh.... apa apa pun STACy nyer performance memang best... huhuhuhu.... Alamak Terlebih Sudah...

    BalasPadam
  5. ok juga bah c stacy tuh... pengundi-pengundi Sabah mesti teruskan mengundi.. apa pun kata pengkritik mesti disahut... Hidup Stacy...

    Pekabar ko Gidong? Lama x dgr berita...

    ~ruddyyezzer@yahoo.com~

    BalasPadam
  6. actually kan, sia ni betul2 sukung bah kalau penyanyi dari sabah tapi sia berusaha utk buat penilaian yg terbaik supaya tia bias.

    well, apa yg sia nampak pengkritik af ni mcm memang tia suka sama sabahan bah. mentang2 bahasa tu lain derang pun kadang2 pandai ketawa. sempit btl utak!

    BalasPadam
  7. Ya saya pun nda mau bias hanya kerana saya SABAHAN .. banyak juga feedback yg positif saya dapt dari pengunjung2 blog sia pasal ulasan sa, tdk kurang yg ckp saya bias bila ulas persembahan Stacy YANG MANA saya TIDAK .. semuanya berdasarkan konsert selama 4 minggu ... SATU MALAYSIA boleh tau siapa yang sumbang dan siapa yang tidak .. maaf kata kalau Stacy sumbang PASTI saya label persembahannya juga SUMBANG ... saya ni anti-sumbnag ... sowie ..

    BalasPadam