Selasa, 19 Ogos 2008

Kes Saiful Bukhari - Dato Seri Anwar Ibrahim - Jadikan iktibar.

Setelah melihat SECARA LANGSUNG sesi Bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari yang mendakwa bahawa kenyataanya sebelum ini yang dia di liwat oleh mantan TPM Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim .. saya sedikit terkejut ... saya juga binggung dan tidak dapat kepastian siapa benar dan siapa salah .. tetapi bukan itu hal nya, tetapi kenyataan sumpah Saiful yang dibuat serentak dengan hari penamaan calon untuk kerusi parlimen Permatang Pauh sedikit "tidak kena" pada tempatnya .. ini kerana suspek yang di "sumpah" kan dalam sesi bersumpah Saiful adalah salah satu calon yang akan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat .

Walaupun saya bukanlah seorang muslim, saya pasti bila seseorang mengambil sumpah, dan sanggup pula menglaknati diri sendiri malah bangsa dan keturunannya, ianya sesuatu yang SANGAT SERIUS .. bagaimana kalau ianya benar ? dan bagaimana kalau ianya salah ? siapa akan jadi mangsa sebab TUHAN tidak mungkin dibohongi ( tdk kira dari pihak siapa pun ). Saya tidak pula mahu menyentuh bagaimana telusnya sumpah yang Saiful lakukan dari sudut Islam dan bagaimana akuratnya sumpah yang dia lakukan tetapi yang sedikit mengherankan adalah KENAPA pihak TV membuat siaran langsung terhadap acara sumpah ini ? apa motifnya ? sebab banyak jenayah lainnya yang saya rasakan lebih teruk tetapi tidak sampai dibuat liputan bahkan diberi kan keistimewaan sebegini.

Kini saya pasti rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan sedikit tergugat untuk me"masti"kan siapa salah dan siapa benar ? sekali lagi bagi saya itu bukan soal nya sekarang, bagaimana kalau Dato Seri Anwar melakukan sumpah yang sama, dan selepas itu TIDAK ADA APA APA YANG BERLAKU ? .. apa natijahnya terhadap KEPERCAYAAN kita terhadap agama nanti ? kesannya sangat besar ... saya harap pihak satu lagi TIDAK mengikuti cara bersumpah ini.. sebab impak dari ( bila kedua duanya membuat sumpah) sangat besar sebab rakyat akan keliru.. bukan saja dari segi kepercayaan bahkan kita mungkin akan hilang hormat terhadap kepercayaan kita sendiri.

Dan bayangkan sekiranya selepas ini UNDANG2 tidak lagi digunakan sebab semua suspek yang didakwa mahu mengambil sumpah dengan menyatakan bahawa dia tidak bersalah. Apa akan jadi dengan kesalahan dengan/tanpa bukti ? sepertinya bila kita bersumpah maka kita akan lepas dari hukuman malah kita boleh saja bersumpah untuk membersihkan nama kita ( yg hanya kita dan Tuhan saja yang tahu ). Saya juga dapat membayangkan selepas ini pihak berkuasa akan memberikan hak yang sama ( bersumpah spt yang Saiful lakukan ) terhadap pesalah2 lain termasuk yang sedang dipenjarakan kerana adalah tidak adil untuk memberikan hak tersebut hanya untuk segelintir orang.

Malah dalam bible( sebab saya kristen ) mengatakan hal tentang ini seperti berikut;

MATIUS 5:33-37
Jangan bersumpah palsu, melainkan peganglah sumpahmu di depan Tuhan.
Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah sekali-kali bersumpah, baik demi langit, karena langit adalah takhta Allah,
maupun demi bumi, karena bumi adalah tumpuan kaki-Nya,
Janganlah juga engkau bersumpah demi kepalamu, karena engkau tidak berkuasa memutihkan atau menghitamkan sehelai rambutpun.
Jika ya, hendaklah kamu katakan: ya, jika tidak, hendaklah kamu katakan: tidak. Apa yang lebih dari pada itu berasal dari si jahat.

Jadi rasanya TIDAK perlulah kita bersumpah semata2 mahu menunjukkan yang kita benar, itu semua HAK Tuhan untuk menentukan siapa benar dan salah dlm apa jua keadaan.

Oleh yang demikian SAYA JUGA TIDAK MAHU MENYOKONG MANA MANA PIHAK tetapi biarlah kita belajar dari situasi ini agar pada masa akan datang tidak berlaku lagi hal sebegini yg sedikit sebanyak mengugat keharmonian kita rakyat Malaysia. Saya cintakan negara saya dan saya mahukan keamanan TANPA PREJUDIS, tidak kira anda bangsa apa, agama apa, fahaman apa .. KITA TETAP SAMA memilik WARNA DARAH YANG SAMA iaitu = DARAH MERAH .. tidak ada bezanya kita dalam satu hal ini.



17 ulasan:

  1. Aku rasa yang paling mengaibkan dan memalukan ialah perkataan-perkataan lucah itu disebut di dalam masjid yang sepatutnya satu tempat suci..... Tak tahu la nak cakap apa....

    BalasPadam
  2. Oh ye... Lepas ni kosong la penjara-prnjara kat Malaysia sebab semua pesalah boleh angkat sumpah tak bersalah aje dan kata2nya boleh diterima sebagai kebenaran. Tak payah lagi ada mahkamah & hakim kat negara nih.

    BalasPadam
  3. Ya sepatutnya demikian lah kan, sebab para pesalah juga punyai HAK yang sama, terpulang pada mereka berani melaknati diri sendiri atau pun tidak, tapi saya kira lebih dari 60% banduan akan sanggup mengambil sumpah agar terlepas dari penjara ... ntah lah ...

    BalasPadam
  4. Biarlah kita catat rekod dunia menjadi negara pertama tanpa undang-undang, cukup hanya dengan mengambil sumpah .. wah !

    BalasPadam
  5. amat memalukan...perlu ke bersumpah kes di l**wat tu??? hmmm...

    BalasPadam
  6. "sekali lagi bagi saya itu bukan soal nya sekarang, bagaimana kalau Dato Seri Anwar melakukan sumpah yang sama, dan selepas itu TIDAK ADA APA APA YANG BERLAKU ? .. apa natijahnya terhadap KEPERCAYAAN kita terhadap agama nanti ?" (Gidong 2008)


    rasa sangat terpukul sekali dengan kenyataan ini.

    One of the most brilliant entry in the blogsphere this year. you should send it print in the newspaper.

    BalasPadam
  7. "sekali lagi bagi saya itu bukan soal nya sekarang, bagaimana kalau Dato Seri Anwar melakukan sumpah yang sama, dan selepas itu TIDAK ADA APA APA YANG BERLAKU ? .. apa natijahnya terhadap KEPERCAYAAN kita terhadap agama nanti ?"

    Sangat bersetuju dengan statement itu, Bak kata Fiebie, boleh dipetik dan dimasukkan dalam akhbar.

    Aku pon rasa sangat keliru di atas kes ini. Macam ada beberapa pihak yang tidak berfikir panjang untuk membuat sumpah secara terbuka dan live pulak tu.

    Tunggu dan lihat.

    BalasPadam
  8. Itu lah pasal, saya sebenarnya amat sedey dengan keadaan yang berlaku .. saya harap ianya berakhir dengan keadaan yang baik untuk kedua dua belah pihak ...

    BalasPadam
  9. PKR dan BN dua dua pun tak betul !

    BalasPadam
  10. kadang² diam e2 tidak semestinya bersalah...

    betul,mereka seperti mempermain-mainkan agama sahaja..

    saya rasa awak patut menjadi freelance reporter..good post

    BalasPadam
  11. Ini ada lah politic Malaysia saya sendiri rasa malu apa pula Tuhan kami yang tahu keakhiran kami dari sabelum permula nya

    BalasPadam
  12. SAYA SOKONG 1000% KOMEN atas pagar.. dua-dua mau KUASA saja. Selagi ko bernama Manusia.. LIHAT MUKA KAU SENDIRI JANGAN MENGATA SAJA!!!!!!. PENGADILAN ADA DALAM TANGAN DIA YANG MENCIPTA MANUSIA, BUMI DAN SEGALA ISINYA... LEBIH BAIK KITA BERDOA ATAS PERKARA INI.

    BalasPadam
  13. Tanpa nama - ya benar selagi kita "manusia" tetap inginkan sesuatu yg lebih dari yg di"beri"kan utk kita TAPI at least kuasa itu digunakan dengan landasan yang betul ...

    BalasPadam
  14. Kan suda ku cakap ITULAH MANUSIA... TIADA YANG SEMPURNA... Klu tiada keTAMAHAan bukan manusia suda.... GOD ...

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama - Tunggu dan lihat ja lah apa berlaku lepas ni ..

    BalasPadam
  16. Berita terbaru aku dapat…..
    Shaiful Azlan Bukhari datang bersama-sama seorang pemimpim utama negara semasa pengumuman calon UMNO di Hotel Sunway seberang jaya baru-baru ni…..
    yang menjadi persoalan kenapa dia berada bersama dengan Pemimpin Umno ni kalau Puak umno menafikan kaitan mereka dengan Saiful ni….
    Dan yang lagi menyedihkan Si Saiful datang dari KL dengan menaiki sebuah pesawat Folker VVIP milik tentera udara diraja malaysia yang hanya di khaskan untuk kegunaan Yang DI Pertun Agong dan Perdana Menteri saja untuk tugas-tugas rasmi kerajaan…..
    Yang menjadi persolannya siapa saiful ni begitu istimewa di mata pemimpim UMNO hinga di sama tarafkan dengan Agong dan PM…?
    Kalau MB kedah di pertikan kan kerana menggunakan pesawat Khas ketika menjemput sultan Brunai menghadiri Jubli Sultan Kedah kenapa si Saiful ni senang-senang menggunakan pesawat kerajaan yang di Khaskan untuk Agong dan PM……?

    BalasPadam
  17. kawan-kawan,idong.. kan ni mau pilihan raya ... siapapun akan menggunakan 'SENJATA' supaya bole menang... x hairan INI dan ITU berlaku... siapa pun menang sia inda pedulilah, sia tetap disini.. cuma kasian yang beremosi sangat dgn hal ni... he3x chayo..chayo.. butulkah perkataan sia ni...

    BalasPadam