Isnin, 6 Oktober 2008

Musim menuai ikan ( TAGAL )

Setelah sekian lama tidak balik kampung, masa raya pertama saya berkesempatan untuk balik ke kampung bersama dengan MESH dan SUSAN utk mengikuti pesta menuai ikan ( TAGAL ) di kampung saya iaitu kampung bayayat .. Syukurlah kampung saya tetap tidak tercemar, dari segi bentuk geografi udara dan keindahannya tetap terpelihara .. dan lihatlah saja hasil dari Tagal yang ada didalam gambar dibawah .. sangat menyeronokkan bersama2 dgn keluarga2 bayayat menangkap ikan dengan sgt harmoni hehehe I LOVE ma KAMPUNG ...


NOTA :
TAGAL - Tagal bererti pemeliharaan ikan sungai air tawar selama setahun dan ianya akan sama2 ditangkap ( tuai ) selalunya pada tahun baru ( bergantung kepada cuaca ), Dimana sekiranya ada sesiapa individu didapati menangkap ikan di sungai yang di TAGAL sebelum masanya maka individu tersebut akan dikenakan SOGIT ( denda ) berbentuk seekor lembu utk diberikan kepada orang kampung.


7 ulasan:

  1. tu ikan mcm lawa ja sya tgk...sadap kalau hugu :D

    (mau kasi tgk daddy sya ni blog, mo tanya pa pendapat dia...abisla ko dong)

    BalasPadam
  2. Rachel sedap lagi kalau buat sup ( kalau sa lah hehe ) bah kasi tingu ja bah .. teda masalah bah tu hehehe

    BalasPadam
  3. sy pun ok ja bah..kasi ja tingu kan dong...

    BalasPadam
  4. gidong punya life memang selalu meriah.. suka baca gidong nyer blog. tapi kenapa tak leh komen kat shout box gidong? selalu rejected.

    BalasPadam
  5. ALFAF - Ma Kaseh .. eh boleh lah post komen kat sana ... mungkin ada masalah dari server alfaf .. hehe

    BalasPadam
  6. NOTA:
    Dalam bahasa Brunei "tagal" bererti sekejap...

    Contoh: bah tunggu tah setagal..
    Makna: bah tunggu sekejap..

    hehe

    BalasPadam