Isnin, 15 Disember 2008

Kuasa Doa - THE LIST ...

Entah bagaimana saya secara tidak sengaja membeli sebuah dvd dengan harga RM5 bertajuk THE LIST ( filem ni baru rilis tahun lepas 2007 sebuah filem thriller ) .. tanpa ada alasan, tanpa ada tarikan, tanpa ada "hati" untuk membelinya, tetapi saya telah membelinya ... saya langsung tidak tahu sinopsis dan langsung tidak tahu isi kandungan serta plot jalan cerita .. saya hanya membelinya kerana saya nampak art grafik pada cover promo nya .. ganjil .... hmmm

Photobucket

Ceritanya sangat "kuat" dgn kekuatan lakonannya juga sangat berkualiti, ianya megisahkan bagaimana sebuah keluarga dgn anaknya tidak tahu tentang mereka mempunyai perjanjian dgn sebuah kumpulan dgn menandatangai sebuah dokumen dengan titisan darah sendiri ( selebihnya korang tengolah sendiri ) , dan akhirnya saya tahu bahawa filem ini mengisahkan dan menceritakan tentang kekuatan DOA dan pentingnya DOA ... dlm cerita ni akhirnya menyedarkan saya utk HARUS berdoa tiap masa, tiap keadaan utk apa juga alasan dlm hidup kita .. doa utk kesihatan, kemakmuran, doa utk orang2 sekeliling anda, bahkan doa utk musuh2 kita .. semuanya penting, dan dgn menonton filem ini anda akan faham apa yang saya maksudkan .. ianya sebuah filem yang sangat bagus ... dan saya ratenya 9.9/10 ... HARUS TENGO ... Mungkin ketidak sengajaan saya "ter"beli dvd ini adalah cara TUHAN utk menyampaikan mesej agar saya dan anda harus senantiasa berdoa ( saya akan menonton lagi dvd ni berkali2, cerita dgn gaya modennya best, kuasa jahat lawan DOA ) .. AMIN

Photobucket

Anda boleh tahu tentang filem ini di websitenya THE LIST


1 ulasan: