Rabu, 18 Februari 2009

SAH : Elizabeth Wong letak jawatan ADUN dan EXCO

DUNIA POLITIK KITA MAKIN MEMENINGKAN wakakaka

Sah: Elizabeth Wong letak jawatan ADUN, EXCO

Elizabeth Wong announcing her resignation as both Selangor executive councillor and Bukit Lanjan assemblywoman at a press conference today.


Elizabeth Wong menawarkan diri meletak jawatan sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ekoran penyebaran foto bogel yang diambil tanpa kebenarannya. Beliau membuat pengumuman itu pada sidang akhbar pada jam 11 pagi ini di ibu pejabat PKR di Tropicana.

Elizabeth memberitahu sidang akhbar berkenaaan bahawa beliau menawar diri untuk meletak kedua-dua jawatan demi kepentingan parti. Beliau mengambil keputusan itu meskipun mendapat sokongan daripada pengundi dan pihak parti.

Semalam, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Bekas aktivis hak asasi manusia itu menjadi Adun PKR Bukit Lanjan dan EXCO Pelancongan, Hal ehwal pengguna dan Alam Sekitar sejak 11 bulan lalu.

Foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya dan disebarkan kepada akhbar untuk mencemar peribadinya

"setiap orang mempunyai hak kesalahan dan saya mempunyai hak privasi".

Perletakan jawatan Elizabeth, jika diperakukan, bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memanggil sebuah lagi pilihanraya kecil untuk Bukit Lanjan, selain pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang diadakan serentak 7 April depan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Elizabeth menang dengan dengan majoriti 5,155 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengaturkan urusan penyerahan tugas-tugas saya. Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan". - TVAntara



2 ulasan:

  1. visiting u ..hem.....panas tul tu cerita...kesian tul.tapi nasi uda jadi bubur,perkara seumpama ini memang cepat tersebar terutamanya d internet..apapun no komen la.. ( Nice Blog u have.)

    BalasPadam
  2. ezzoe - ma kaseh sebab melawat blog, lawatlah lagi kalau ada kesempatan hehe .. ya perkara pribadi sekarang pun buli jadi hal umum ...

    BalasPadam