Khamis, 6 Ogos 2009

Buat KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - Let The Music Heal Your Soul

Buat KEMENTERIAN PENDIDIKAN - TOLONG JANGAN sisihkan dan jangan kurangkan pembelajaran MUSIK di Sekolah !!! Please !!!! URGENT !!!

Dengan alasan memberikan masa yang lebih untuk mempelajari English di peringkat maka Kerajaan menjadikan MUSIK sebagai mangsa dgn mengurangkan masa pembelajaran bahkan mengurangkan pembelajaran subjek musik di peringkat Sekolah. Betapa rendahnya pemahaman “kita” terhadap kekuatan MUSIK yang tidak kita lihat secara langsung sekiranya kita “merendahkan” takrif MUSIK dlm kehidupan kita seperti itu. Kalau saja kita faham bahawa MUSIK mempunyai pengaruh yg kuat terhadap kehidupan kita saya pasti pihak kerajaan akan berfikir dua kali utk melaksanakan hal ini.

Saya masih ingat ketika masih di sekolah rendah terutama di bagian desa/kampung, kami lebih mudah menghafal ABC untuk pertama kali nya kerna diajar secara musikal .. masih segar di ingatan saya ketika satu kelas melagukan ABCDEFG sehingga huruf Z dgn mudah berbanding menghafal ABC secara langsung .. Itu saja sudah menunjukkan betapa pengaruh musik sgt kuat dlm hidup kita termasuk utk memempelajari sesuatu termasuk BAHASA ENGLISH …

Saya sedikit sedih bila tau subjek MUSIK dianggap begitu rendah nilainya di sekolah sehingga ianya dianggap sebagai elemen yang tidak begitu penting oleh Kerajaan dengan mengurangkan masa pembelajaran. Kalau saja pihak kerajaan tau bahawa setiap sekolah memulakan hari setiap pagi dengan MUSIK … setiap pagi kita menyanyikan LAGU NEGARAKU dan LAGU NEGERI masing2 setiap pagi …. Ini harus menyedarkan kita bahawa betapa pentingnya MUSIK utk memberi kita kekuatan utk memulakan pembelajaran setiap hari … MUSIK bukan saja memberi kita motivasi bahkan MUSIK boleh melibatkan sifat dalaman dan kerohanian kita utk digarap menjadi insan yang lebih baik berbanding mereka yg tidak menghargai MUSIK ..

MUSIK boleh menjangkau apa yang tidak dapat dijangkau oleh subjek lain, MUSIK boleh sampai ketempat yang tidak dapat dijangkau oleh BAHASA .. MUSIK boleh mengalahkan EGO seseorang, MUSIK boleh membuat seseorang KETAWA bukan SUBJEK lain, MUSIK boleh membuat seseorang menangis BUKAN subjek lain, MUSIK boleh memberi kekuatan BUKAN subjek lain, MUSIK boleh melegakan kesakitan BUKAN subjek lain.

Sedih sedih sedih sangat bila Kerajaan tidak menghargai MUSIK sepertimana subjek lain nya, saya sangat2 tidak setuju bila MUSIK dianggap sedikit rendah dalam pembelajaran Sekolah berbanding subjek lain … mungkin subjek MUSIK bukan “arah” masadepan karier anak anak kita TETAPI kita harus faham MUSIK boleh menolong anak anak kita untuk menjadi lebih baik dan lebih “sempurna” bahkan lebih kreatif sekiranya mereka benar2 faham dan menghargai MUSIK dlm hidup mereka ..

Sekarang saya mau kita bayangkan HIDUP KITA TANPA MUSIK .. bayangkan sekarang anda berjalan, berkerja dan melakukan apa saja TANPA musik .. BAYANGKAN kita ke Sekolah tanpa MUSIK, bayangkan kita ke MASJID tanpa alunan dan alur alur lagu AZAN/NASYID, bayangkan kita ke GEREJA tanpa lagu2 utk kita luahkan isi hatikan kepada sang pencipta, itu semua bersangkut paut dengan MUSIK .

MUSIK SANGAT PENTING UNTUK anak2 kita fahami dan pelajari. MUSIK boleh menyatukan dua bangsa, boleh menyatukan dua musuh, boleh memecahkan “kekerasan”, dan boleh meredakan kesakitan … Semua itu tidak dicapai dengan Subjek lain.

Apa yang cuba saya sampaikan adalah MUSIK juga adalah sama pentingnya dengan Subjek lain di sekolah. TOLONG LAH, KEPADA PIHAK KERAJAAN JANGAN SESEKALI ANGGAP MUSIK ITU TIDAK PENTING UNTUK ANAK ANAK KITA. Bangsa yang kuat juga hidup dengan MUSIK dlm hidup mereka .. Motivasi dan semangat cintakan negara lebih mudah disampaikan melalui musik … sekali lagi SUBJEK lain tidak dapat menjangkau sebegitu dalam BERBANDING dengan apa yang MUSIK bisa jangkau.

"Music gives you happiness or sadness
But it also, it also heals your soul
Let the music heal your soul
Let the music take control
Let the music give you the power to move any mountain"

Saya akan menangis seharian sekiranya saya HIDUP TANPA MUSIK.


11 ulasan:

  1. setuju dgn pendapat anda...
    no music no life....!!

    BalasPadam
  2. Part 1

    Salaam dan hi.

    Secara jujurnya saya merasakan bahawa pihak kerajaan mempunyai alasan yang tertentu mengapa mereka melaksanakan tindakan yang sedemikian. Sy pernah mempunyai pengalaman mengikuti kursus KPLI tidak berapa lama dahulu (sebelum berpindah ke jabatan lain). Bagi saya, konsep keseluruhan silibus pembalajaran adalah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebelum diteruskan dgn lebih lanjut, cuba hayati falsafah tersebut, "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Dalam falsafah itu sendiri ada tertulis bahawa ia adalah merupakan satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Terdapat pelbagai elemen yang dititikberatkan dalam pendekatan pembelajaran dan pengajaran termasuklah muzik. Untuk pengetahuan, cara pengajaran oleh guru-guru pada masa kini tidak lagi seperti dahulukala yang berkiblatkan kepada buku semata-mata tetapi lebih kepada pengajaran yang digabungjalinkan dengan elemen muzik. Sebagai contohnya, pengajaran subjek Sains kepada murid-murid tahun satu. Bagi memudahkan murid-murid leih memahami topik tertentu dalam subjek sains, guru menerapkan elemen muzik. Sebagai contohnya nyanyian lagu-lagu yang ada kaitan dengan sebutan nama-nama haiwan. Ini dapat menerbitkan minat murid-murid untuk lebih memahami topik haiwan yang berkenaan. Pendekatan seperti ini bukan sahaja diterapkan untuk subjek Sains, malahan untuk lain-lain subjek seperti Matematik, Pendidikan Moral, Sivik, Geografi yang bersesuain dengan silibus dan peringkat perkembangan minda dan pembelajaran. Tidak SEMESTINYA kita memerlukan subjek muzik barulah mampu mencambah minat murid-murid, tetapi elemen muzik itu sendiri DITERAPKAN di dalam subjek-subjek yang bukan muzik.

    BalasPadam
  3. Part 2

    Saya melihat perkembangan minda, intelek, sosial, jasmani, emosi, rohani dan sahsiah AS A WHOLE (secara keseluruhan). Tidak benar apabila kita mengatakan bahawa kebergantungan terhadap muzik semata-mata boleh membentuk keperibadian yang mulia, sifat-sifat murni dan lain-lain aspek positif dalam diri murid-murid. Ada elemen-elemen lain yang perlu juga untuk diambilkira. Sebagai contohnya aspek psikologi dan kaunseling yang diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran untuk subjek-subjek yang diajar. Pada masa kini, guru-guru yang mengajar di sekolah boleh diibaratkan telah mencapai kepada satu tahap yang membanggakan kerana apabila melihat kepada sumbangan, jasa, keringat dan tenaga yang tidak berbelah-bahagi yang telah dikorbankan dalam mendidik anak-anak kita pada hari ini. Apa yang ingin dikatakan di sini ialah peranan guru itu sendiri dalam mendidik murid-murid semasa berada di dalam bilik darjah. Faktor kejayaan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada beberapa faktor antaranya peranan guru, keadaan persekitaran di dalam bilik darjah, komunikasi di kalangan pelajar, komunikasi di antara guru dengan pelajar, motivasi di dalam diri murid-murid itu sendiri serta bimbingan ahli keluarga sebermula daripada rumah lagi. kesemua faktor ini, setelah diambilkira bersama faktor-faktor tidak langsung, berupaya untuk menentukan tahap keberjayaan sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh hal yang demikian, elemen muzik BUKAN SEMATA-MATA perlu diterapkan dalam keadaan tertentu yang mencakupi pelbagai aspek. Mungkin kerajaan bercadang untuk mengurangkan masa untuk subjek muzik, tetapi BUKAN elemen muzik yang DITERAPKAN di dalam pelajaran. Tidak benar apabila kita mengatakan bahawa kerajaan menganggap muzik itu tidak penting. Subjek muzik juga penting dalam aspek pembelajaran, namun pemberat subjek muzik sebagai satu subjek entiti yang berlainan secara INDIVIDU perlu dikurangkan bagi membantu menyeimbangkan subjek-subjek lain yang perlu lebih diberikan fokus dan keadaan ini TIDAK SAMA SEKALI menidakkan penggunaan ELEMEN MUZIK dalam aspek pembelajaran.

    BalasPadam
  4. Part 3

    Perenggan terakhir saudara ada menyebut "Bangsa yang kuat juga hidup dengan MUSIK dlm hidup mereka .. Motivasi dan semangat cintakan negara lebih mudah disampaikan melalui musik … sekali lagi SUBJEK lain tidak dapat menjangkau sebegitu dalam BERBANDING dengan apa yang MUSIK bisa jangkau." Saya kurang bersetuju. Pada pandangan saya, bangsa yang kuat adalah terletak kepada keupayaan, kemampuan dan kebolehan bangsa itu sendiri untuk meningkatkan tamadun mereka. Antara elemen-elemen yang boleh dijadikan sebagai panduan terhadap kekuatan dan kemakmuran bangsa adalah seperti yang digariskan di dalam RUKUN NEGARA. Cuba HAYATI rukun tersebut dan anda akan mendapati itu adalah sebaik-baik garis panduan yang sekiranya dipatuhi nescaya akan mewujudkan sebuah bangsa seperti BANGSA MALAYSIA yang bertunjangkan elemen-elemen positif. Di mana letaknya muzik? Muzik turut memainkan peranan (itu tidak dinafikan). Saya melihat MUZIK sebagai satu medium yang mampu dan boleh membantu merangsang sesuatu perkara sama ada ke arah yang positif ataupun negatif. Namun keaslian muzik itu sendiri kadangkala dicalarkan oleh pemuzik itu sendiri. Oleh hal yang demikian, adalah lebih baik kita lihat Muzik sebagai satu MEDIUM yang mampu dan boleh menyokong usaha-usaha murni kerajaan (merujuk kepada aspek pembelajaran)dan janganlah menangis kerana muzik itu sendiri mempunyai pelbagai bentuk dan elemen. Sekiranya kita mampu memotivasikan diri sendiri ataupun bijak memanipulasikan keadaan, siulan burung pada waktu pagi juga adalah merupakan santapan halwa telinga yang mampu menerbitkan melodi dan irama girang dalam hati.

    Peace :)

    BalasPadam
  5. Secara ringkasnya saya QUOTE balik PERENGGAN TERAKHIR saya dlm entri ini yang berbunyi:

    "Apa yang cuba saya sampaikan adalah MUSIK juga adalah sama pentingnya dengan Subjek lain di sekolah"

    Walau dengan alasan apa sekali pun TETAP subjek Musik yang di pilih utk di kurangkan ... kenapa bukan subjek lain ? sebab subjek yang dengan YAKIN nya kita boleh kurang mungkin dgn minus 2 jam pembelajaran dari silibus maka ini menunjukkan bahawa SUBJEK tersebut "kurang" penting berbanding subjek lain ..

    Sekali lagi saya TETAP dgn PENDIRIAN saya bahawa semangat cintakan Negara dgn menggunakan "promo" melalui musik lebih mudah diterima dan difahami. Bukan kerna "medium" lain spt yg Arif jelaskan tidak berkesan ( memang semua medium yg diguna pakai utk kebaiikan semuanya berkesan bergantung pada status dan keadaan semasa ) tetapi secara amnya dengan Musik mesej yang kita ingin sampaikan lebih mudah utk di"baca" dan diterima.

    Sekali lagi SUBJEK MUSIK sama PENTINGnya dengan SUBJEK lain.

    Terima kasih atas pencerahannya Bro Arif . :)

    Peace juga ....

    BalasPadam
  6. Terlupa .. Saya akan tetap MENANGIS jikalau tanpa Musik :P

    BalasPadam
  7. Part 1

    Salaam and hi Daniel,
    "Apa yang cuba saya sampaikan adalah MUSIK juga adalah sama pentingnya dengan Subjek lain di sekolah"
    Semua subjek sama penting, sama diperlukan, dan jika direnung kembali sejarah pendidikan negara di Malaysia sebermula era kependudukan penjajah di Tanah Melayu (atau lebih tepat lagi sejak mula-mula sejarah peradaban Tanah Melayu mula direkodkan) aspek pembelajaran dan pengajaran telah lama dipraktikkan dalam pelbagai bidang. Namun, pendekatannya adalah berbeza sesuai dengan peredaran zaman. Pelbagai elemen yang terdapat dalam skop pengertian dan definisi muzik telah digunapakai. Itu merupakan salah satu bukti bahwa muzik tidak pernah dipinggirkan. Muzik sentiasa ada, namun kewujudannya adalah melalui pelbagai cara dan aplikasi yang berbeza-beza.

    BalasPadam
  8. Part 2

    Saya berpendapat bahawa kerajaan sekarang dalam usaha pemurnian silibus iaitu mengharmonikan semua mata pelajaran dengan mengambilkira faktor sumber manusia(guru/pendidik), fasiliti, masa, bebanan tugas dan pencapaian akademik tahun semasa yang berlandaskan kepada keseimbangan IQ(intelligent quotion) dan EQ(Emotional Quotion). Mungkin jumlah masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran muzik akan dikurangkan tetapi TIDAK bermakna mata pelajaran muzik itu sendiri DIPINGGIRKAN. Kajian dan penyelidikan akan sentiasa dilakukan untuk penambahbaikan. Oleh hal yang demikian, kajian terhadap kepentingan muzik akan sentiasa dilaksanakan secara berterusan dan penambahbaikan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Mungkin pada masa kini, masa yang diperuntukkan untuk muzik dikurangkan, tetapi pada masa akan datang siapa tahu, mungkin juga pengajaran subjek muzik akan dipecahkan kepada beberapa bahagian mengikut kesesuaian. Lagipun, kesemua teori dan praktikal yang dipelajari dalam subjek muzik akhirnya akan digunapakai untuk perkara lain yang lebih ideal sebagai contohnya aplikasi terhadap mata pelajaran lain. Mungkin juga digunapakai sebagai pendedahan kepada murid-murid tentang dunia muzik. Soalan “mengapa jumlah peruntukan masa untuk subjek muzik dikurangkan, tetapi tidak subjek lain?” tidak perlu timbul kerana seperti yang dijelaskan tadi, pengharmonian kesemua subjek (bertambah atau berkurangan) adalah mungkin disebabkan fakor-faktor yang dinyatakan tadi. Mungkin pemberat adalah lebih kepada subjek lain kerana menyedari bahawa penekanan terhadap subjek lain adalah lebih diperlukan pada masa kini tetapi TIDAK bermakna MEMINGGIRKAN subjek muzik. Saya yakin, walaupun jumlah masa adalah singkat, tetapi sekiranya kualiti pembelajaran dan pengajaran(yakni muzik) adalah pada tahap yang optimum(dengan bantuan guru muzik yang berdedikasi dan berkelayakan), sudah tentu murid-murid akan mendapat pelbagai input semasa berada di dalam kelas muzik.

    BalasPadam
  9. Part 3

    Seperti yang saya nyatakan pada awalnya, ELEMEN MUZIK juga telah dilaksanakan semasa sesi pembelajaran subjek lain contohnya Sains dan Bahasa Inggeris (mahupun subjek lain) kerana dengan cara ini penyampaian akan lebih berkesan. Secara formalitinya, tidak dinyatakan dalam silibus bahawa subjek tertentu perlu diajar dengan iringan/penggunaan elemen muzik, tetapi atas kesungguhan guru dan pendekatan mereka yang pelbagai, elemen muzik itu sendiri secara SEMULAJADINYA diterapkan semasa mereka sedang mengajar. Sebagai seorang murid, mereka akan mengaplikasikan pengetahuan tentang muzik(semasa kelas muzik) di dalam mata pelajaran bukan muzik. Tidak akan timbul isu peminggiran terhadap ilmu muzik yang dipelajari semasa dalam kelas muzik kerana aplikasi muzik ke atas subjek lain dalam jangka masa panjang. Dan, perkara seperti ini AMAT digalakkan oleh pihak kementerian pelajaran Malaysia. Tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana pekeliling mahupun akta yang berkaitan bahawa elemen muzik tidak dibenarkan sama sekali diterapkan dalam pembelajaran subjek yang bukan muzik. Bukankah ini dengan jelas menunjukkan bahwa pihak kerajaan juga tidak pernah meminggirkan elemen muzik? Mungkin saudara agak keliru dengan point saya. Sebenarnya hala tuju tulisan saya ini ingin memberitahu saudara bahawa pengurangan peruntukan jumlah masa pengajaran subjek muzik tidak akan meninggalkan kesan yang signifikan terhadap perkembangan minda dan percambahan ilmu pengetahuan seseorang murid kerana elemen muzik yang diterapkan dalam mata pelajaran yang bukan muzik turut membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Don’t cry bro :)

    Peace :)

    BalasPadam
  10. Saya tdk baca penerangan kamu sebab terlalu panjang, saya cuma mau simpulkan disini :

    Saya menerangkannya dari sudut pandang MUSIK .. Apabila menyisihkan sebagian masa utk subjek tertentu walaupun mungkin 30 min adalah tidak wajar utk subjek yang MEMANG sedianya "kurang" dari segi masa yg sedia ada ...

    :)

    BalasPadam
  11. Salam semua,

    Khas untuk Encik Arif, Apakah makna muzik mengikut kefahaman anda ? Muzik bukan hanya amalan tetapi ia merupakan ilmu. Ini yang gagal difahami oleh kebanyakan orang termasuk para pemimpin. Sebagai guru muzik, saya tidak kisah jika MP ini tidak wujud lagi di sekolah. Harapan saya ia tidak senasib dengan pembelajaran jawi yang suatu ketika dahulu ditiadakan kemudian setelah sedar kepentingannya, tanpa rasa bersalah dimasukkan kembali dalam kurikulum kebangsaan.....

    BalasPadam