Memaparkan catatan dengan label abby abadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label abby abadi. Papar semua catatan

Selasa, 11 November 2008

APA PANDANGAN ANDA - SANDIWARA NORMAN HAKIM - akhirnya KANTOIIIII

Saya sempat tengo rancangan MELODI ahad lepas dan paling mengejutkan secara real ditayangkan kisah Abby g mengamuk ke Lokasi GERAK KHAS Yosuf Haslam utk bertemu dgn suaminya Norman Hakim .. antara perbualan yg kita dpt lihat adalah :

Photobucket

ABBY :
“Kenapa asyik mempertahankan dia (Memey)? Memey baik, Memey itu, Memey ini. Saya ini siapa dalam hidup Abang?”

Norman pula menjawab dia perlu mempertahankan Memey kerana dia tidak mahu Memey malu dan nama baik keluarganya terus tercemar gara-gara insiden khalwat tempoh hari.

Kemudian tanya Abby lagi: “Kenapa Abang jadi macam ni sekali? Abang asyik bercerita Memey pandai itu, pandai ini, kenapa? Saya ni isteri Abang tau!”

Jawab Norman pula, “Saya cerita ini dari sudut kemanusiaan. Dia ada emak bapa, dia naif.”

Terus Abby menjawab,” Habis tu, saya tak ada emak bapak?”

Dan semasa ditemuramah oleh wartawan Abby sempat memberitahu bahawa dia amat kesal bila Norman Hakim suruh dia selamatkan Memey dan Dia dari hal ni sebelum g ke wartawan .. alahai Norman ..

Photobucket

Paling sadis Norman Hakim buat pengakuan ini dlm media Bintang Popular dan mengakui sayang Memey .. Kesian Abby huhu :
Norman mengaku sayang Memey

“Saya benar-benar berasa terhina, apa lagi ketika orang lain beranggapan kami sedang bersandiwara. Saya tidak berniat untuk ‘menegakkan benang yang basah’, sebaliknya cuba untuk ‘menarik rambut dalam tepung’. Memey seorang artis baru yang terlalu naif mengenai selok-belok industri hiburan. Saya tak nafikan dalam hal sekarang, saya cuba pertahankan Memey. Dia pun ada mak ayah. Malu keluarga dia nanti.”


“Faktanya, saya mengenali Memey bermula dengan penggambaran drama Pasrah. Selepas penggambaran drama itu berakhir, kami jarang bertemu, tapi ada ketikanya saya dan Memey berhubung apabila saya perhatikan, Memey sama seperti gadis lain yang pernah saya kenal. Tapi, semakin mengenali dirinya, saya perhatikan Memey - beauty with the brain.

Pada ketika saya berdepan pasang surut rumah tangga, Memey berada di sisi saya. Namun, saya tidak boleh meletakkan dirinya sebagai punca keretakan atau pasang surut rumah tangga saya dan Abby. Memey tidak ada kena mengena. Sekiranya saya berdepan dengan pasang surut rumah tangga, tapi anak-anak masih ada, mereka tetap memerlukan perhatian dan kasih sayang saya.

Ada masa-masanya, Memey faham dengan masalah yang sedang saya hadapi. Perhatian Memey terhadap diri saya membuatkan diri ini lebih dihargai. Saya mengaku kesilapan saya, saya terpaksa membuat penafian kepada media. Perhubungan saya dan Memey tidak keterlaluan seperti yang disangka, sebaliknya atas dasar memahami antara satu sama lain, saya tidak menafikannya.

“Perasaan sayang itu memang ada. Apabila Memey boleh memahami diri saya dan sedia membantu dalam perniagaan, saya tak nafikan, wujud sekelumit rasa sayang terhadap dirinya. Namun, saya tidak pernah berniat untuk menduakan Abby kerana dia bukan penyebab. Sekalipun terbit rasa sayang terhadap Memey, namun tanggung jawab saya sebagai suami dan ayah kepada rumah tangga serta anak-anak tak pernah diabaikan.

“Dalam situasi sekarang apabila perkara sudah berlaku, segala-galanya berkemungkinan. Sebabnya saya perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku. Saya perlu menjaga maruah keluarga dan dalam masa sama maruah keluarga Memey. Kemungkinan saya memperisterikannya, semuanya kuasa Allah, saya tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

Kehidupan perlu diteruskan kerana setiap apa yang berlaku sudah tertulis. Tapi, saya ada bercakap dengan Memey, biarlah saya seorang saja yang buat kenyataan media kerana saya khuatir akan berlaku percanggahan.

“Saya menjalin perhubungan dengan Memey sebenarnya bukan satu kesalahan, tapi apa yang berlaku sekarang ini (merujuk kepada kes tangkapan khalwat dengan Memey), ia satu pengajaran kepada diri saya dan masyarakat.

APA PANDANGAN ANDA ?

BOIKOT NORMAN HAKIM !!!!! BOIKOT GERAK KHAS ...