Khamis, 18 September 2008

Segalanya Milik MU - Mestica

Lagu ni telah pun gidong upload sedikit masa lalu tetapi di minta balik oleh Alamin melalui forum mp3 gidong. Tiada salahnya gidong publish kembali kerna mungkin banyak yang tidak tahu gidong upload lagu ni di mp3 forum gidong, semasa gidong uploadnya dulu gidong masih menggunakan blog wordpress .. ni gidong copy entri gidong mengenai lagu ini dari entri wordpress gidong dulu. Gidong sangat suka kan lagu ni .... Hayati saja Liriknya .. sangat bagus .. Sampai sekarang ini gidong masih memainkan lagu ni bersama2 gan lagu2 fav gidong yang lain. Gidong selalu bayangkan liriknya berbunyi demikian :

GIDONG TAHU INILAH KASIHMU
GIDONG TAHU INILAH CINTAMU
DAN GIDONG TAHU TIAP YANG TERBAIK UNTUK KU
TAK SEMUANYA YANG KU MAHU .... YA ALLAH ....

"Secara tidak sengaja semasa rehat tennis terbuka Australia dan badminton terbuka Malaysia gidong tukar2 cenel ke cenel lain ( sa gatal tangan bila masa iklan haha ) tetiba ter”limpas” cenel lagu lagu nasyid, dan masa tu ada ada kumpulan nasyid sedang nyanyi secara live lagu yang sangat2 bagus dari segi melodi dan liriknya, gidong suka lagu ni bukan saja melodinya seakan2 melodi lagu2 hymn d gereja tetapi melodinya juga lebih universal yang menceritakan hal ke Tuhanan tanpa “melabelkan” lirik nya utk mana2 kepercayaan kerana ianya hanya menyampaikan msg dgn cara yang boleh diterima oleh mana2 kepercayaan ( maksud gidong tdk utk agama tertentu dgn menyebut mana2 trademark utk sesebuah agama - korang faham lah tu ) …. lalu untuk mengetahuai siapa penyanyinya gidong terpaksa menonton rancangan tersebut sampai pada kredit akhir dimana kumpulan penyanyinya di kredit dgn nama Penyanyi Jemputan = kumpulan Mestica .. hehe apa lagi gidong terus cari lagunya dan syukur gidong sudah mendapatkan lagu SEGALANYA MILIKMU … jadi gidong kongsikan buat anda dengar sesama .."

SEGALANYA MILIKMU

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan

Gidong sangat tertarik dan menyukai lagu ni ... huhu


9 ulasan:

  1. Gidong kamu memang universal . Thanks atas lagu ini.

    BalasPadam
  2. Ma kaseh juga .. saya memang suka kan lagu ini .. melodi dan liriknya sangat bagus ..

    BalasPadam
  3. camne nak carik lagu ni..
    ehhe...

    nak dgr ar...

    BalasPadam
  4. ini catatan kao yg sangat berguna utk semua pembaca blog kao dan utk diri sendiri...amen! tq mr.Gidong.

    BalasPadam
  5. Fiqree - Sila klik tajuk besar selepas nota catatan sebelum lirik lagu di entri saya tu .. ia akan bawa fiq ke forum mp3. Disana anda akan jumpa link untuk download lagu ini. Thanks.

    Tanpa Nama - Terima kasih, lagu ni memang sangat bagus maknanya .. mengenai Kasih Tuhan pada manusia .. bagaimana DIA memerhati hidup kita ..

    BalasPadam
  6. mahu saja ajak kamu nyanyi sama.heheh! suara sedap, boleh juga buat lirik

    BalasPadam
  7. Ijam - Kamu nyanyilah sorang sorang, gidong nyanyi hanya untuk suka suka huahahaha

    BalasPadam
  8. wah,best o lirik ni lagu...sangat menyentuh dan menyedarkan kita bahawa segala yang kita miliki bukan lah milik kita tetapi milikNya,amen

    BalasPadam